Jumaat, 18 Mac 2011

'Dasyatnya Doa seorang Ibu'

Assalamualaikum

Berikut ini adalah satu email yang saya terima dari sahabat. So no editing.. all info hv to be shared. Mudah2an kita mendapat ilmu darinya.

Email dari teman.. sebagai berikut;


'Dasyatnya Doa Seorang Ibu'
(oleh Ustaz Abdullah Mahmud'. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time)

**** Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu*****

- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.

- Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

a) Melihat kaabah sehingga menitis air mata

b) Membaca quran sehingga menitis air mata

c) Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
a) Anak
b) Ibu
c) Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor, kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

- Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

- Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"

"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah

"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"

"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.."

Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakalah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja@shopping"always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

-Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
a) Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
b) Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
c) Symptom dah terkena saka
- Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
- Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
- Susah nak dapat anak, senang gugur
- Ada rasa kelibat orang lalu
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK (Ni seram siket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g.

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia " (Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi)

You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Note Penulis Blog:

O.k tu aje, semoga mendapat manfaat bersama.

Insyaallah. Apa pun, jika kita rajin mengaji, memahami dan mengkaji Al-Quran, Insyaallah segala penyakit akan sembuh kerana didalam Al-Quran terdapat ubat bagi segala penyakit (kecuali mati) dan ilmu bagi segala ilmu kerana adanya Rahmat dan Kasih Sayang Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung buat hamba yang selalu membaca, memahami dan mengkajinya, kerana Allah adalah guru yang terbaik!.

Ingatlah. Al-Quran diturunkan untuk difahami bukan untuk dilagu dan dibaca sahaja tanpa memahami maksudnya.

Juga kena tahu;

1) Untuk bercakap dengan Allah maka bersembahyanglah
2) Untuk mendengar Allah bercakap dengan kita, maka mengajilah.

Ertinya bacalah Al-Quran, fahamilah ertinya barulah tahu apa yang Allah ingin sampaikan pada kita.

Kalau cuma tahu membaca tak tahu erti, samalah seperti ayam bercakap dengan itik. Tak faham makna.. cuma tahu berbunyi.

Walau bagaimana pun jua, kerana Sifat Allah yang Pengasih dan Penyayang, Dia tidak pernah mensia-siakan apa jua perbuatan hambanya, Walau tak tahu makna, kenal huruf pun dah ada pahalanya disitu. Jadi takkan kita nak sampai situ saja?, kejarlah lagi pahala yang lebih besar.

Jangan hanya setakat tahu baca dan berlagu sahaja. Tanamlah tekad untuk pandai mengaji, pandai bertaranum, pandai bertajwid, faham maknanya dan kajilah ilmu yang terdapat di dalamnya. Lagilah besar pahala dan lagilah Kasih dan Sayang Allah pada kita.

Assalamualaikum

Gubahan hantaran majlis pernikahan dan gambar Pengantin 'sepupuku Hjh Nor Aziah & Mohamad Mustafa'

Assalamualaikum,
Ini adalah sebahagian hantaran yang kubuat untuk sepupuku pada hari pernikahan mereka December yang lalu.
Tema Pengantin 'Merah dan putih'

1. Gubahan Bakul buah

2. Gubahan bekas bunga rampai berkonsepkan ciri 'Eye on Malaysia'

3. Bekas untuk Camera 'Nikon'

4. Sejadah yang dibentuk menjadi kek coklat 2 tingkat


pandangan dari atas



Pandangan dari sisi

5. Coklat digubah menjadi kenderaan 4 x 4 berteduh dibawah gula-gula yang digubah menjadi pohon, di taman dan dikelilingi pagar



Pandangan dari sisi


Pandangan dari sisi depan


Pandangan dari tepi sisi

6. kain pelikat digubah berbentuk masjid yang bercirikan 'Kaabah'


7. Pencuci Muka
8. Inilah sebahagian dari hantaran yang dibuat



Dan inilah sepupuku dan suaminya;

Hajah Noraziah binti Zulkapli dan suami Mohamad Mustapa.


Ini adalah ayah dan ibu keluarga pengantin perempuan (kira mak saudara saya la..)

O.k sebahagian sajelah yang dapat ditonjolkan disini. Yang lain, macam biasa... kena tenguk album pengantin..


Wassalam

Gubahan hantaran di majlis pernikahan adik-Ros aida & Sudin

Assalamualaikum, o.k nilah dia sebahagian dari hantaran yang saya buat sempena pernikahan adik yang majlisnya berlangsung pada 4, 5 & 6 Feb 2011 yang lalu.

Tema Pengantin 'Coklat, Putih dan Gold'

1 . Gubahan hantaran Al-Quran dan Rehal.


Pandangan dari atas.


Pandangan dari sisi


2. Baju Kemeja, Seluar & Tali leher



Pandangan dari depan



Pandangan dari belakang (Kemeja, seluar & tali leher)


pandangan dari sisi


3. Bakul Buah



Pandangan dari sisi



Pandangan dari atas


4. Coklat yang digubah berbentuk rumah kampung yang kecil berserta garaj kereta, dikelilingi pohon dan pasu bunga.



5. Bunga rampai dalam perahu layar




Pandangan dari sisi



Pandangan dari sudut

Pandangan dari depan


6. Pencuci Muka



Pandangan dari depan


Pandangan dari sisi


7. Sejadah yang dibentuk menjadi Sofa




Pandangan dari depan



Pandangan dari belakang

Pandangan dari sisi

8. Tali Pinggang dan Beg Duit Lelaki


Pandangan dari depan
Pandangan dari belakang

9. Sireh Junjung yang digubah berbentuk rumah



Jika ada yang berminat untuk mengupah buat gubahan, bolehlah hubungi saya di talian 012 6126261. Tapi disebabkan bateri phone pun selalu kong (dek uzur) maklumlah phone dah lama, so sms sajelah ye

nanti ku selitkan pula gubahan hantaran yang kubuat buat sepupuku pada majlis persandingan beliau pada December yang lalu.

Wassalam





















Rabu, 9 Mac 2011

Majlis Pernikahan adik ku

Assalamualaikum,

Share sikit tentang majlis perkahwinan adik - Rosaida dan Sudin.

Semoga terhibur dengan clip video special edition buat pengantin.




Diselitkan juga sedikit gambar pengantin.











Sebahagian sajelah yer... yg lain kena tengukla album pengantin..


Edisi video untuk majlis pernikahan berlangsung pada 4 Feb 2011 dan majlis persandingan pada 5 & 6 Feb 2011, tak ada editing dan tak sempat nak dimasukkan sebab kesuntukan masa. Masa lebih tertumpu untuk editing 'Special Pengantin'. Maka untuk mereka yang ada gambar dalam edisi 4, 5 & 6, maaflah.. kerana tak sempat nak meng'edit' dan mengindahkan lagi keayuan dan kecerian wajah dan diri anda. Namun anda adalah yang terbaik! (The BEST!). Insyaallah nanti videonya saya masukkan dalam blog.

O.k, inilah video tanpa editing. Majlis persandingan yang berlangsung pada 5 & 6 Feb 2011

Untuk gubahan hantaran, gambarnya akan saya masukkan nanti. (bila ada masa) kerana kesebukan waktu Insyaallah.

Jadi, semoga terhibur hendaknya.


Assalamualaikum