Sabtu, 22 Ogos 2015

Kerja di rumah kerana ingin solat yang sempurna

Assalamualikum.

Saya sekarang ini sangat-sangat berharap untuk melakukan kerja dari rumah tapi bila source internet banyak yang saya dapati kita perlu bayar mereka dahulu.

Apa motifnya kita yang kena bayar sedangkan sebab kita mencari kerja adalah untuk mendapatkan gaji untuk perbelanjaan kita.

Inilah sejarah silam dan cerita saya tentang kembara kerjaya saya...

Sebelum ini saya memang bekerja namun keseluruhannya adalah secara contract. Pengalaman kerja saya bermula dari bawah iaitu sebagai Operator Pengeluaran kemudian sedikit demi sedikit saya dinaikkan pangkat.

Selepas SPM, saya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke ITTAR (dikenali sebagai Institut teknologi Tunku Abdul Rahman) tetapi tidak berminat dalam bidang akaun sebab saya tahu saya tidak bagus dengan angka.

Saya lebih berminat dengan Seni dan saya memohon untuk ke UiTM (waktu itu dikenali sebagai ITM) dan saya tidak hampa kerana peluang itu tiba juga namun atas kekangan kemiskinan, keluarga saya tidak mampu menanggung pengajian saya maka saya lupakan sahaja hasrat itu dengan terus bersangka baik bahawa saya ada bakat dan usaha maka saya akan belajar dari pengalaman.

Sejak itu bermulalah kehidupan saya. Tidak lama saya bekerja sebagai Operator Pengeluaran, saya menjadi Trainer di kilang yang sama dan mengajar pekerja baru. Kemudian saya suka meninjau orang office buat kerja guna computer. masa tu kami semua hanya guna IBM sahaja namun bila Microsoft mula tiba di Kilang itu saya tenguk masing2 sebuk training dan mula menggunakannya.

Saya jadi tertarik untuk belajar tapi siapalah saya. Hanya orang biasa. Masa tu Office staff kira hebatla dari kami kuli pecacai ni.. Tapi hati saya kuat untuk mencuba so setiap kali habis shift, saya stayback dan saya perhati computer tu lama2. Masa tu saya doa supaya ada peluang kami ni dihantar training.

Doa saya makbul, saya di pilih attend training supaya tahu macammana nak guna Microsoft Word. Itu sahaja software yang kami perlu belajar sebab kami kena buat report guna software tu.

Memanglah tujuan mereka untuk suruh buat report tapi hati saya ni teringin sangat nak tahu button2 yg lain yg ada kat dlm software tu. so saya stay lagi selepas habis shift dan mula main2 dgn semua button. di sini saya perhatikan saya boleh draw dgn guna button tu. So apa lagi akhirnya saya buat manual saya dengan guna computer instead of drawing by hand. (Aarr.. untuk makluman semua, saya boleh melukis dan lukisan saya A masa SPM. ) Terima kasih pada guru lukisan saya yang kecik , cengil dan garang tu,. dia yang ajar kami sehingga boleh melukis sehingga lukisan nampak hidup. ha ha (selingan)

Saya buat kerja saya ni curi2 takut nanti org office marah. Tapi rezeki saya nak kena tangkap, satu hari masa saya print manual saya, saya terlupa nak ambil so tertinggal kat printer. Besoknya gamat kat office ada org guna PC dan printer.

Bos saya panggil saya dan saya mengaku saya guna PC dan printer tu.  Kemudian dia tunjuk kat saya manual yang saya print tu. Saya ngaku saya yang buat. (Berani buat berani tanggungle..). Saya dah standby nak kena marah ni tetiba jer Bos saya tu diam dan tanya saya 'How good are you with Microsoft?' . saya ckp 'tak lah hebat pun. setakat words, table, calculation and drawing boleh le..'

Ha rupanya Allah bagi saya rezeki, sejak tu saya plak train yang lain2. Tp sy tak puas hati hanya dgn MS Word so akhirnya saya expert dgn excell dan powerpoint juga.

Satu hari ternampak plak manager group designer ni buat something guna software lain. Sy tenguk drawing curve dia smooth jer so sy intai lagi.

Ha ha.. sy dah terkenal suka kepochi dgn task org lain.. (yg related dgn system le) so dia tanya saya interested ke?. saya cakap 'Ha ah'.. so dia tunjuk saya apa dia boleh buat dgn software tu.. Saya lagi  tambah interested. Tahulah saya nama software tu Corell Draw.

Kemudian kebetulan dia nak cari candidate utk department dia dan saya cuba apply dan rezeki itu milik saya. Saya diajar tentang corell draw dan ending saya mahir dengannya dan mula design machine dengannya. Pun saya cepat bosan dan kebetulan ada vacant utk Computer specialist.. saya cuba nasib jer. Dapat pulak.. dan ambik kau.. saya tak faham langsung pasal programmer.. Fenin saya... berpinau2 saya nak faham apa diorg nak.

Dalam hati, saya pun tak tahu kenapa saya dapat jawatan tu sedangkan sepatah pun saya tak faham tentang program. hari2 nangis you.. kena marah. tapi nasib colleague yang simpati dan dia ajar saya tentang binary..

Endingnya.. saya faham ha ha dan boleh buat kerja semampu mungkin. Saya seorang shj melayu disitu. yang lain China dan India dan mereka semua lulusan luar negara sedangkan saya?.. hanya SPM. Tu last Job sy dengan syarikat tu..

Kemudian saya terbaca tentang kesah Rasulullah dimana katanya berhijrahlah... jadi saya ambil peluang terima kerja di tempat lain. Terperanjat jap dgn environment baru. agak kotor. Maklumlah tmpat lama Mat Saleh punya, mewah giler, tempat baru China yang punya agak kotor tapi dalam hati, saya tekad, cari Ilmu sebab ko takda duit, jadi belajar cara ni je la...

Jawatan yang dioffer pun tak de kena mengena dengan computer pun walaupun namanya pengeluar computer ha ha..

Saya bekerja sebagai Planner. Ambik kau.. sepatah haram tak tau tapi demi teruskan kehidupan saya harung. Pun saya sorang jer Melayu. yang lain sume China.

Tidak lama saya jadi Planner, saya di tukar kepada Purchaser sebab dah plan baik2 tapi purchaser pulak tak cukup. So start hari tu saya mula deal directly dgn supplier. Saya ni garang orangnya (kata mereka yang pernah bekerja dengan saya sebab tu supplier takut dengan saya.. ha ha). Ending saya kemudian di tukar pula ke Matching sebab account tak dapat buat bayaran on time sebab document takde org handle dgn baik. Ada banyak tunggakan syarikat tak dapat nak bayar sebab document incomplete.

Adoi sekali lagi pening.. sebab saya tahu saya tak bagus dengan angka. Saya pernah tanya Boss, dlm banyak2 org kenapa pilih saya?. Dia kata saya fast learner dan sume kerja dia bagi saya boleh buat. Saya kata saya takda background account pun dan tak pandai dgn angka.

Dia sengeh jer dan kata 'I Trust you'. So bermulalah kerja saya dan Alhamdulillah Allah bersama saya. Saya chase semua supplier yang ntah tahun bila dan ckp dgn diorang kalau diorg nak hutang diorg dilangsaikan, once and for all, saya minta diorg bg balik certified copy dan kami match kan dan buat payment. Ending berjuta yang dapat kami buat. Tapi dalam hati saya sampai bila nak buat kerja manual macam ni. Kalau org lain ambik alih balik dan document hilang lagi, berapa banyak lg syarikat yang akan Sue kami dan brp bnyk lagi cost guaman kami nak kena bayar?.

Ending saya cadangkan agar dibuat tracking system. Ertinya dari mula document sampai we add in invoice nbr and track every step from receiving untill document reach account. Alright everything works smoothly. Tak da dah document incomplete. Tak complete masa kat receiving lg dah reject.

Pas tu tetiba Boss saya panggil dan ckp saya kena handle Warehouse pulak.. gitule seterusnya dan saya cadangkan buat system supaya lebih senang inventory dari pi check manually.. (Screw kecik2 nak kira satu2 apahal?... baik timbang jer... (ha zaman dulu semua manual dik oiii).

Settle Warehouse saya ingat saya kekal bermastautin kat situ.. Eh sy kena plak incharge Shipping sekali. Sekali lagi saya ceburi bidang baru.. Import Export..

Saya yg tak tahu apa dia Bill of Lading akhirnya faham dan Inilah kerjaya yang saya suka sangat padahal shippinglah satu satunya kerja yang buat saya menangis dan nak berhenti.. Waar...(nangis)

Susah... mana kita boleh handle waktu boarding flight and Vessel. Kali ni bukan mereka ikut kehendak saya tapi saya yang kena ikut schedule mereka dan saya jadi cam singa la pada production... Kalau nak shipment keluar on time, schedule pun kena ikut ontime. Dgn Planner, dgn Operation sume saya bantai.. suka2 ckp customer nak sekian sekian time tapi bila saya book vessel/flight tak dapat fulfill. Tentulah saya kena marah dgn Big Boss. Ingat kecik alam ke costnya byr flight dgn vessel?.. Gitula saya .

Lama gak saya di Shipping tu. Bila Bos saya kata dia akan transfer Exec sorang tu ke tempat lain, saya stop dia. Saya ckp sy dpt Offer tempat lain. Boss sy sanggup bg saya cuti gaji jalan dengan syarat lepas saya cuba kerja baru, saya balik kerja dengan dia ... hu .. hu.. sedih bila org appreciate sgt2... tp saya dah nekad, saya kena cari ilmu sebab saya bukan sekolah tinggi.

Bermula hidup saya sebagai Admin. Di tempat baru ni saya belajar banyak benda. Deal dgn org juga tapi internal. Sy bnyk buat Compensation dan tetiba VP tukar Job saya jadi Corporate Communication bila dia tenguk cara saya interract dengan people. Ini satu lagi kerja yang saya sangat suka selain Shipping tp takle sampai nangis. Sebagai Corp Com, saya communicate dgn external untuk publisitikan company ni... mcm marketing tp tak buat sale.

Sya minat gadjet, so bila saya ambil video, saya buat editing dan akhirnya VP suka sangat dgn video dan gambar2 tu semua. Kemudian sy work closely dgn writer NST dan banyak article yang saya tulis dia publishkan. Cara ni Company jd famous (ha ha..)

Syarikat banyak buat majlis dan keraian dan sbg Corp Comm sy kena join. Disini saya dah mula kurang minat dengan tugas saya sbg Corp Comm. Ambik gambar dan editing saya suka. Saya boleh deal dgn person but sy tak willing to face them in terms of associating, celebrating and entertaining people where liquor involved...   masa tu feel utk kerja tu dah mula kureeeng.

Sy kemudiannya ditukar ke HR dan disini saya bnyk keluar cari pekerja.  Tak lama saya disini kerana saya banyak kena curi masa untuk solat dan perasaan saya tak happy sebab saya sentiasa diperlukan sedangkan masa utk solat?.. saya abaikan kerana kerja. Jiwa saya mula memberontak. Saya kerja awal pagi dan balik malam.

Seterusnya saya mendapat jawatan di syarikat orang melayu. Jutawan Melayu. Saya bekerja sbg HR dan kemudiannya saya dapati sifat baik Jutawan ini yang selalu memberi muka kepada pekerja hingga menyebabkan pekerja mua. Pekerja majority lelaki dan melayu namun ramai yang leka. Segelintir mereka suka berjudi dan minum.

Mereka ni pun suka sangat meminjam dan kerja HR ni banyak layan surat2 mereka ni untuk Jutawan ni. ditempat baru HR tak macam HR tempat lain. Hiring di tangan Jutawan tapi jutawan jarang ada di syarikat sbb ada syarikat lain di KL.Jutawan banyak bersimpati dan ER tak jalan sangat sebab kuasa vito di tngan Jutawan.. so budak2 naik mua lah..

Sesekali bila beliau datang, kedatangannya mmg ditunggu2 pekerja sebab nak pinjam duit. Pinjam duit untuk Judi dan minum. Pinjam duit sebab duit tak cukup nak beli beras makan anak bini dan banyak lglah story mory mereka padahal gaji mereka adalah yang paling tinggi diantara pekerja kilang lain.

Masa tu gaji pekerja Kilang paling tinggi pun RM300-RM400 sebulan, tanpa OT tapi Syarikat Jutawan ni bg RM 700 sebulan. Banyak kan?... dululah... sekarang minima gaji dah RM1100 tapi tulah manjang tak cukup duit, siap pinjam Ah Long dengan ceti lagi..Kalau tempat lain, jangan haraple ada loan2 cam ni. ambik kau gaji ko cukup ke tak, dari situlah jimat cermat.

Memang jutawan ni baik tapi cara dia handle syarikat tak menyebabkan syarikat berfungsi sebagaimana sebuah syarikat. Jutawan sanggup bagi zakat untuk settle kan hal pinjaman Ah long pekerjanya yang memang ramai meminjam ceti.. namun tidak pernah memberi bonus kepada pekerja. Hanya beri hamper setiap tahun.

Rasanya tak memadai bagi hamper dan tak perlu layan sangat permintaan pekerja yang ntah apa2 tu. baik keuntungan tu di bagi dgn bonus dgn mengikut performance pekerja. Itu lebih baik dari bagi yang ni pinjam, bagi yang itu duit settle ah long tp yang betul2 bekerja hanya dapat hamper tiap tahun?.

Kerja disini pun asyik meeting manjang.. memanglah ramai expatriate tetapi Owner seperti akur sangat pada kehendak expatriate. Gaji expatriate ada yg hampir mencecah 20k sebulan tapi gaji manager kita hanya 3-5k?. Expatriate hanya duk meeting dan bg idea tp org kita yg kerja mati2an, buat binaan tu semua.

Mahal sungguh gaji expatriate hanya utk bg idea dan attend meeting supaya International tahu syarikat mempunyai pekerja professional?.. kenapa tak ketengahkan sahaja org kita ni. Ramai engineer yg bertauliah .. hantar jer training keluar negara and do development tp jwpn jutawan ialah utk ke 'International, kena guna khidmat Professional dr luar'. Hmm entahlah, saya org kecil.. mungkin cara fikir saya tak sama dgn org besar2 ni. tp saya yakin kata Tun, kita boleh buat kalau kita betul2 mahu. Siapa lagi nak naikkan negara sendiri kalau bukan kita.

Kemudian adik beradik Jutawan ni sombong dan bongkak pula. hanya seorang yg bagus dan warak tapi tak dipandang... (biasalah)..

Sy pernah letak jawatan tapi Jutawan Offer supaya stay dan increase salary sy. Sy berhenti sebab tak kuasa layan cara kerja yang ntah apa2. lebih banyak buang duit byr gaji Expatriate dan lyn kerenah hutang pekerja dari pelaburan digunakan utk  concentrate dengan product syarikat.

So sy stay dengan harap akan ada perubahan. Kemudian sy cadangkan satu system dimana Jutawan ni boleh tenguk apa juga movement dan perkembangan pekerja walau dimana dia berada dan dgn itu dia boleh tahu berapa cycle time pekerja sebenarnya buat kerja dan brp cycle time pekerja mengulau termasuk expatriate dgn manager sekali.

Sebab project ni besar, dia apply group dia dr company di KL supaya bergembeling dgn sy. Sy cuma design apa yang saya nak kita tenguk dan bagaimana hasilnya dan mereka develop programmnya..

Masa ni saya dah terlalu sebuk mana dengan kerja HR dan skrg working on project. Ending sy tender sekali lagi dgn reason tak boleh cop up dua kerja. So Jutawan offer as Consultant dan dia pay per hour.

Masa ni hidup mewah tapi sy tahu project tak kan lama.. habis project, habis contract. Duit saya simpan saya gunakan untuk buat Umrah dan kemudiannya berniaga.

Sy buat projek jual telur dan bawang secara bergerak. Ramai customer dari N9. Sy keluar rumah awal pagi dan balik pagi awal pagi juga. Hampir 2 tahun saya di uji dgn cabaran dan liku. Ialah saya kan perempuan. jalan jauh2 pula.  Ending fikirkan keselamatan saya buat kerja setempat. buka kedai Top Up tp ujian juga. Adik yg jaga kedai kena rompak.

Fikirkan keselamatan, saya akhirnya tutup kedai. Kemudian sy bekerja sbg Cust Care Officer.  Disini sekali lagi sy diuji dengan Adhearance. Sy perlu jaga sebab jika tidak performance sy drop. Sy juga kena layan dan akur dgn kehendak pelanggan yg all are sarcastic  s'porean. That thing doesnt matter to me.. yg jadi masaalah adhearance. Sy tak peduli dan sy kejar waktu solat saya. Dari situ mereka mark pula selling dan akhirnya QA buy off.. semua ini saya terima kerana bg saya ini mungkin bukan rezeki saya. Akhirnya contract saya ditamatkan.

Sekarang ni sy kalau boleh tak nak lagi kerja jumpa dan interract dgn people. sy nak jadi background peopla who doesnt liase with people coz almost all job yg sy cari cari akan deal dgn ajnabi dan majority will shake hand. Sy puas cari kerja yg bawahan yang gaji cukup utk sy bayar bill bulanan dan kereta tetapi kata mereka sy over qualified dan ada kerja yg memerlukan sy buka tudung waktu kerja. NO WAY.. sy tak akan buka tudung ...

Setiap kali sy minta kerja, kebanyakan mereka kata saya sesuai buat Marketing dan deal directly dgn people and do sale. Kerja ni memang saya tahu saya tak mampu buat sebab saya tak nak lagi dah deal dgn org directly or indirectly. Kerja ni hari2 saya mengadap orang. dan kerja ni menyebabkan saya selalu kena  bersalaman denGAN Ajnabi yang merupakan keengganan pda diri saya.

Kalau boleh saya dah tak nak kerja jumpa orang ni dah like sales, marketing. sy prefer kerja background. Kalau related dgn Seni pertukangan, penulisan , video and photo editing dan kraftangan lebih saya suka.

Sy suka bertukang dan percaya atau tidak perabut kedai saya dulu dan rumah saya semua saya buat sendiri. Ha ha kata mak saya 'Dia tak boleh jumpa kayu dengan paku'.. ha ha.. mungkin lah  kut... Genetik Datuk turun ke saya. Datuk sy dulu tukang buat rumah.

Perabut rumah saya adalah hasil kerja tangan saya sendiri. Walau tak seberapa tapi saya puas hati.

Saya juga boleh buat gubahan hantaran dan membetulkan semula sofa yg dah uzur. tapi sofa yg agak simple lah ye.. bukan yang ala2 Jati sebab kelengkapan tak cukup beb...

Dari Sofa yang uzur ni


Jadi macam ni

Juga hantaran. Kadang2 saya suka buat hantaran yang lain sikit dari yang lain. Saya akan gunakan barang recycle. Tapi kos accessories mmg tak boleh elak la.. bunga, riber nak kena beli kan..








bekas bunga rampai ala eye on malaysia ha ha...



dan ada banyak lagi yang telah saya buat. Tidak secantik mana tapi itulah hasil usaha saya. dari barang-barang recycle... Hantaran gubahan ni ikut musim kan... dan itu gubahan lama yang popular musim tu lah... sekarang lagi hebat kan...

Saya juga pernah melukis Mural. Saya tolong kawan lukis binatang laut dan darat untuk tadika bg dinding sekolah mereka dan Sekolah saya dulu pun, saya satu2nya perempuan yang melukis Mural.

Selain Bertukang dan menggubah, saya juga minat membaca dan menulis dan ada menulis novel. Malangnya penerbit yang saya hantar ni suruh saya ubah cerita tu sebab dia tak puas hati bila watak utama saya dalam cerita tu mati.

Saya sebenarnya dalam fasa menulis buku keduanya tapi penerbit tak benarkan. Dia kata hak mengizinkan untuk bahagian kedua tergantung pada mereka. Arrgghh!!. tension saya. Idea saya, Ilham saya tapi mereka yang nak tentukan jalan cerita. mana boleh begitu. larilah matlamat saya dalam apa yang nak saya sampaikan. Sampai sekarang saya masih mencari penerbit. Ada sesiapa sudi terbitkan buku saya ni??..

Alhamdulillah saya kemudiannya diterima kerja disebuah syarikat yang membuat laman sesawang (website dan booking engine) untuk Hotel, Homestay dan Chalet etc.. Lama juga saya kerja di Syarikat ni. Owner orang Cina muda dan sangat open minded. Semua kelengkapan disediakan dan saya banyak travel hingga akhirnya saya diminta untuk mengajar Sales person dari Vietnam.

Saya disuruh train sales person tu sebabnya kalau saya tak buat begitu, saya yang kena duduk Vietnam, kemudian Autralia dan Manage Branch sana. Dengan kewangan RM yang jatuh teruk waktu itu, saya memang tak boleh stay sanalah sbb majikan bayarsaya gaji dalam RM sedangkan Dong dan AUD waktu tu lebih mahal dari RM. Kalau dia bayar saya by USD mungkin saya terima.

Ingatkan dah ajar sales person tu saya selamat dari kena duduk sana, rupanya Sales Person tu tak berapa wibawa untuk buat kerja dia so ending company decided utk saya stay sana. Maka dengan berat hati, saya terpaksa resign sebab mak saya dah tua dan dia pun khuatir dengan keselamatan saya disana.

Saya tak kesah kalau On Off kena fly over demi tugas tapi kalau sampai stay sana bertahun-tahun dan tinggalkan rumah sendiri , saya tak sanggup. Lagipun selagi mak saya masih ada ni, saya nak tenguk dia selalu walaupun lain-lain rumah... ha ha... at least still dalam negeri yang sama kan...

Kerja saya yang asyik travel ni pun menyebabkan balik rumah, kena kuak  sawang labah-labah di muka pintu dan anai-anai pun dah naik ke bumbung... sedey you... buat laman sesawang orang, rumah sendiri naik sawang!.

Kemudian saya dapat tawaran sebagai Catering Manager sebab masa saya buat presentation, saya tunjukkan hala tuju yang boleh syarikat pergi jauh... Gaji yang ditawar memang ok tapi ujian Allah pula menimpa, kenderaan saya dah uzur dan tak boleh jalan jauh. Tempat kerja ni jauh dari rumah saya. Hampir 2 jam perjalanan setiap hari... dan awal pagi dah gerak ... motor selalu mati enjin tengah jalan dan kereta pula minyak leaking sebab dulu-dulu masa jadi sales, kereta tulah yang merayau seluruh Malaysia... so usia dia pun dah tua kan... jadi kenderaan yang saya ada adalah motor.. tu pun tua juga. Saya mula beli motor tu waktu usia saya 19 tahun sampai usia dah nak masuk 50 ni, motor tu juga yang saya naik... he he... banyak jasa moto tu pada saya...

Akhirnya saya terpaksa berhenti sebab memang takde transport dah... Saya minat memasak dan pernah jadi tukang masak tapi tak boleh pulak berdiri terlalu lama hingga 10 jam berdiri terus.

Dan sehingga sekarang saya masih mencari kerja yang saya minat iaitu paper work dan dari rumah ataupun bertukang tapi...takde space pulak nak letak semua perabot.. tu...

dan sampai sekarang juga banyak jawapan yang saya terima mendukacitakan walaupun kerja yang saya pohon hanya sebagai kerani. Mereka kata saya over qualified.

Over Qualified pun, saya kena kerja juga. Maka setelah usaha saya keluar mencari kerja dan belum berhasil, maka disini saya menawarkan kepada sesiapa yang sudi beri saya kerja yang boleh saya lakukan dirumah yang boleh membayar komitmen bulanan saya agar saya dapat jaga solat saya dan tidak lagi deal dengan ajnabi, maka silalah tulis diruangan comment anda

Saya bukan tidak berusaha, malah sedang berusaha tapi sampai la ni belum ada yang terima saya bekerja sebab jawapan standard yg saya terima 'Currently NO Position in Higher Level and U r strongly OVER QUALIFIED.. or, u r suitable for this Job but NO Tudong are ALLOWED.

feniiin...

So sy offer kudrat dan tenaga bagi sesiapa yang ingin sy bekerja di bidang penulisan, pertukangan, Admin atau proposal yang mampu saya buat, hubungi saya.

Assalamualaikum