Rabu, 30 Oktober 2019

Doa Pembuka apa yang tertutup (Al-Fath ayat 1-4)


Assalamualaikum,

Apabila saya dilanda kesusahan dan kerunsingan, saya selalu ingat akan kata-kata para cendikiawan islam dalam buku-buku ilmiah yang saya baca bahawa mengadulah pada Allah dahulu daripada mengadu kepada manusia kerana Allah yang Menciptakan dan Allah Yang Menjadikan dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan dialah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Selalunya apabila saya dirundung masaalah atau kesedihan, saya akan mengaji sebanyak-banyaknya namun ada kala kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk mengaji, maka apa yang saya selalu buat adalah selalu mohon agar Allah bantu saya dan saya yakin hanya Allah sebaik-baik penolong.

Jadi saya selalu akan mula mencari ayat-ayat yang saya rasa akan membantu saya pada waktu itu dan saya akui, setiap kali saya mempunyai kesulitan yang pelbagai dan setiap kali saya minta pada Allah, maka saya akan memperolehi ayat-ayat iaitu doa dari Al-Quran yang bertepatan dengan situasi yang saya alami.


Ini adalah contoh doa yang saya amalkan ketika saya merasa susah hati kerana berhenti kerja dan tercari-cari kerja baru kerana majikan selalu lewat bayar gaji hingga menyebabkan banyak komitmen menjadi tertunggak dan dikejar bank. Walaupun setelah dapat gaji, segala hutang cuba dilunaskan namun sebab kelewatan hingga masuk bulan seterusnya, akhirnya hutang menjadi bertambah kerana pihak Bank kira lewat dari tarikh , terus jadi 2 bulan dan begitu seterusnya... hingga akhirnya terima gaji hanya untuk jelaskan hutang.

Saya masih berusaha untuk mencari kerja yang gajinya dibayar secara tetap tarikh setiap bulan kerana saya tahu Ujian yang saya hadapi adalah kerana Allah sayang hambaNya. Maka saya terus amalkan doa ini dan bertadabbur dengannya... saya yakin, Allah tentu akan memberikan kemenangan pada hamba-Nya kerana Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)

Doa ini adalah permulaan surah Al Fath ayat 1-4.



Terima kasih Allah kerana Engkau senantiasa Mengasihi dan Menyayangi hambaMu ini walaupun hambaMu ini selalu lalai dan leka dalam melakukan dosa.

Nota: Penjelasan lanjut tentang surah ini boleh didapati di http://www.fadhilza.com/2012/08/tadabbur/khasiat-dan-manfaat-surat-al-fath-ayat-1-4.html

Sabtu, 5 Oktober 2019

Mencari REDHA ALLAH

Mencari REDHA ALLAH

قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي

Bermaksud 
"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."
Hadis Riwayat Tarmizi


Rabu, 4 September 2019

Jus Betik, Sup Ketam dan Denggi

Bila kenalan masuk wad sebab denggi, ramai teman2 yang menasihati supaya minum jus betik dan sup ketam. Penulis kemudiannya mencari2 article tentang kedua2nya kerana ingin tahu adakah ianya benar dari sudut kedoktoran kerana tentunya para Doktor dan Pakar ini lebih arif.

Akhirnya penulis temui article ini ⇩



Article dibawah ini bertajuk : Rawat Segera Demam Denggi





Madu dan Denggi

Denggi!!


Penulis dapat berita ada kenalan masuk wad sebab denggi. So penulis pun teringat masa Penulis dulu ditahan wad sebab disyaki Denggi. 

Soalan yang ditanya setiapkali Dr Pakar dan Dr2 pelatih sampai  ke katil Penulis ialah... ' Ada mandi air terjun?.. ada masuk hutan?' sampaikan adik yang menemani penulis pun  boleh hafal script Doktor-doktor ni... ha ha... Yelah takut kencing tikus kan... 

Penulis maklumkan  tak ada buat semua tu  dan penulis juga tinggal berjauhan dari keluarga (sebab mak penulis di kampung baru lepas discharge sebab denggi) tp penulis memang tak tinggal dengan keluarga malah berjauhan sebab bekerja, so Dr cakap takpe nanti kita tenguk punca apa demam... so legalah sikit.

Dah masuk wad so macam biasalah... kejap2 ambil darah... setiap kali Dr datang, penulis tanya... betul ke denggi?... dah 3 hari, asyik2 tanya... Dr kata belum tahu lagi... nmpk macam ada virus tapi tak pasti... hmm gitulah jawab Doc masa tu...

Penulis redha jer... dah namanya duk hospital kan... janji dapat rehat sebab kalau duduk rumah pun x dpt berehat sangat... macam2 bunyi dan gangguan dan memang tak dapat rehat ler jawabnya...  Kepala sakit macam nak pecah... (mcm kena migrain yang teruk tu..., buka mata pun x boleh... muntah2 jadinya). 

Dah di hospital, bila demam ni kejap2 kena makan ubatkan. Air jgn cakaplah... dah berbelas botol masuk. Selama 3 hari tu suhu badan tak turun2.. naik ade la... Kata Doktor, simptom denggi tak nampak ada pada penulis so Dr kategorikan 'disyaki Denggi'.

Mood makan mmg takde...Perut lapar tapi tekak pahit... minum apa pun tak best!... tak boleh masuk tekak... so dari muntah balik, penulis ambil keputusan tak makan langsung. Adik ada suapkan roti tapi mmg tak boleh telan...

Tiba2 penulis teringat dalam beg penulis ada madu. Penulis memang sentiasa bawa madu dalam botol kecil... So penulis minta adik keluarkan botol madu tu. Penulis gagahkan diri untuk duduk.

Walau semua makanan yang lain tak boleh masuk tekak, Alhamdulillah masuk jer madu ... penulis senyum sendiri... Tekak ok... sweet jer rasa madu tu. So penulis pun teguklah madu kejap2... ha ha... hilang lapar.. ada ketikanya tengah makan madu, Doc dtg round, dia nampak penulis tengah teguk madu, doc senyum jer ...kemudian doc kata... 'bagus!... madu baik untuk kesihatan!... 

He he.. penulis  tunggu juga kalau Doc tak bagi mkn madu pulak sbbnya kan ramai yang cakap madu ni ada kala tak sesuai pada sesetengah orang tapi penulis memang tolak semua hujah tu sebabnya mudah saja... Penulis berpandukan pada Firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 68 dan 69




Dah Allah berfirman '..penawar bagi manusia' jadi takkanlah madu tak sesuai untuk setiap orang... Bagi penulis, orang yang cakap macam tu berani lawan Firman Allah dia tu...😏

So dari hari ketiga tu penulis kejap-kejap teguk madu tu sedikit sedikit bila rasa lapar menghambat diri dan masuk malamnya, suhu badan penulis turun dan masuk hari ke empat, suhu turun normal tapi penulis masih ditahan sebab kata doktor nak tunggu keputusan ujian darah. 

Ending, kata doktor awalnya memang suspect denggi walaupun simptomnya tak nampak hanya darah pada awalnya nampak macam ada virus tapi hari ke empat tu dah ok. 

So 7 hari penulis di wad dengan hari kelima hingga tujuh tu, penulis merayau2 meninjau pesakit2 lain dan merasa syukur... diri sendiri sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah.  

Bagi penulis, madu memang baik cuma cara makan kalau tak betul, tu yang tak nampak kemujarabannya. Penulis pernah menonton seorang ustaz tu ckp... (Dah lupa nama ustaz tu).. katanya kita ni bila nak makan madu, bacalah 2 ayat dari surat An Nahl (surah Lebah) iaitu ayat 68 & 69 tu.

Memang zaman sekarang ni orang cakap payah nak dapat yang asli tapi bila dah usaha cari dan mungkin betul mungkin tidak... kita tak tahu kan... jadi baca ayat lebah yang Allah ajar tu, Insya Allah mujarab pada kita.

Yang penting kita dah ikhtiar cari yang asli. Kut ya pun kita kena tipu, bukan madu asli... dgn membaca Zat Allah dengan yakin, racun pun tak akan boleh jadi mudarat pada kita... Allahualam... 

Ini keyakinan penulis sendiri terhadap madu lebah yang Allah kurniakan sebab dah tersurat dalam Al-Quran dan Alhamdulillah sehingga usia penulis yang nak masuk separuh abad ni, Allah masih kurniakan kesihatan yang baik buat penulis... Syukur sangat2 pada rezeki kesihatan kurniaan Allah ni. 

Teringat zaman2 remaja hingga menjelang 30an dulu,  penulis selalu migrain yang kuat sampai mkn panadol ke, ponstan ke semua tak jalan.. kena makan caffox dah... tp lepas amalkan mkn madu dan habatus sauda, Alhamdulillah.

Penulis juga pernah terbaca article tentang madu dan sedikit dari apa yang penulis baca, penulis share disini..

'Madu kaya dengan gula ringkas seperti sukrosa dan glukosa. Madu juga mengandungi air yang sangat rendah. Sebab itu madu pernah dikaji sebagai antibakteria, dan ia menyebabkan bakteria mati kerana gula yang tinggi pada madu menyebabkan tindakan osmosis, mengakibatkan bakteria hilang air dan mati. Selain itu, pH madu adalah berasid sekitar 3.2-4.5 dan menghalang pembiakan bakteria'

Terbuktilah madu itu bagus..👍😋. Jadi pada yang lain2 tu... rajin2lah makan madu dan habatus sauda.... makanan sunnah tu...😊

Note: Penulis hanya menulis dari pengalaman dan pemahaman penulis sendiri.. dan penulis bukan oang yang pakar tentang madu. Tapi penulis ada membaca penulisan tentang madu dari orang yang pakar. Nanti Penulis sharekan link dan articlenya ...

Selasa, 27 Ogos 2019

Lebih utama bersedekah kepada orang miskin atau Bersedekah Kepada Kerabat Terdekat? Ini Jawapannya..



Sebenarnya yang manakah lebih penting untuk kita...?

Mendahulukan bersedekah kepada orang miskin atau kepada saudara kaum kerabat yang terdekat?

Persoalan ini mungkin dipandang remeh dan mudah tetapi kenyataannya sebahagian daripada kita mungkin belum memahami dan memilih untuk bersedekah kepada fakir miskin terlebih dahulu sebelum bersedekah kepada kaum keluarga terdekat sendiri.

Yang manakah lebih utama dan yang sepatutnya bersedekah kepada orang miskin atau kepada ahli keluarga sendiri? Ini adalah jawapannya


Tiap-tiap perintah sedekah serta infak yang ada pada Al-Qur’an, sentiasa menyebutkan yang mula-mula sekali disebutkan untuk bersedekah kepada kaum kerabat terdekat. Seperti yang dijelaskan pada ayat Al-Qur’an berikut ini:

“…dan memberikan harta yang dirinya cintai pada kaum kerabat…” (QS. Al Baqarah 177)

“Dan berikanlah kepada kaum kerabat akan haknya dan orang miskin…” (QS. Al Isra 26)

Serta tidak sedikit ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an yang bernada sama dengan ayat di atas.

Apabila dihayati, ada pesanan yang teramat mutlak agar kita amalkan, iaitu mendahulukan kerabat terdekat atau orang terdekat kita untuk diberikan infak atau sedekah serta bermacam amal kebaikan lainnya. Sebelum kita berikan pada orang lain, kita mesti lihat apakah ada di antara orang terdekat kita yang masih memerlukan bantuan kita.

Tergamaknya seseorang itu yang mempunyai harta dan kemewahan yang melimpah ruah dan sering bersedekah kepada yang memerlukan sehinggakan sanggup memberikan apa saja bentuk pertolongan kepada fakir miskin dan juga anak yatim demi keselesaan mereka, tetapi sayang seribu kali sayang dia terlepas pandang pada kesusahan dan kesempitan kaum kerabat dan saudara kandung sendiri.

Mungkin baginya dengan memberikan sedekah kepada keluarga sendiri atau saudara mara dia tidak mendapat pahala besar dan mungkin orang tidak memandang kebaikannya. Sebaliknya pemberian kepada keluarga sendiri adalah lebih besar pahalanya di mata Allah.

Sungguh menyedihkan kalau seseorang itu yang hidup dengan penuh kemewahan dan kekayaan tetapi dalam masa yang sama saudara kandungnya sendiri atau kaum keluarga hidup dalam kemiskinan tanpa mendapat sebarang bantuan darinya malah mereka diperlakukan seperti kuli. Dengan mudah meninggikan suara semata-mata kerana darjat dan kemewahan yang ada maka dia mampu melakukan apa sahaja.

Lalu, saudara yang dianggap kuli itu diperintahkan dan disuruh apa sahaja, diperlakukan sesuka hati sehingga beliau takut dan menunduk kepala setiap kali majikannya memerintahkan sesuatu.


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“…Hai ummat Muhammad, atas nama Allah yang sudah mengutusku dengan fakta, Allah tak akan menerima sedekah dari diri yang memiliki kerabat yang memerlukan pertolongannya, sementara dirinya memberikan sedekah atau pertolongan tersebut kepada orang lain. Serta demi Allah yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, Allah tak mahu melihatnya di hari akhir kelak”.(HR. Thabrani)

“Sedekah kepada orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan kepada kaum kerabat (saudara terdekat) nilainya setara dua, nilai sedekah serta nilai menjalinkan hubungan saudara”.

Ada satu pesanan utama yang amat dan sangat penting di sini:

“Bila dirimu adalah orang yang mempunyai kelebihan harta, dahulukan kerabat terdekat atau orang terdekat kita yang mula-mula sekali merasakan kelebihan harta kita tersebut. Sebelum kita berikan pada orang lain, kita mesti lihat apakah ada di antara orang terdekat kita yang masih memerlukan bantuan kita, atau seluruhnya. Orang tuamu, anak isterimu, saudara kandungmu, barulah yang lainnya.

Jangan dirimu DAHAGA dan HAUS pujian dari orang sekelilingmu yang bukan dari orang terdekatmu.”


Link Asal article --> https://mediamaklumat.com/lebih-utama-bersedekah-ke-orang-miskin-atau-bersedekah-ke-kerabat-terdekat-ini-jawapannya/