Assalamualaikum,
Apabila saya dilanda kesusahan dan kerunsingan, saya selalu ingat akan kata-kata para cendikiawan islam dalam buku-buku ilmiah yang saya baca bahawa mengadulah pada Allah dahulu daripada mengadu kepada manusia kerana Allah yang Menciptakan dan Allah Yang Menjadikan dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan dialah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Selalunya apabila saya dirundung masaalah atau kesedihan, saya akan mengaji sebanyak-banyaknya namun ada kala kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk mengaji, maka apa yang saya selalu buat adalah selalu mohon agar Allah bantu saya dan saya yakin hanya Allah sebaik-baik penolong.
Jadi saya selalu akan mula mencari ayat-ayat yang saya rasa akan membantu saya pada waktu itu dan saya akui, setiap kali saya mempunyai kesulitan yang pelbagai dan setiap kali saya minta pada Allah, maka saya akan memperolehi ayat-ayat iaitu doa dari Al-Quran yang bertepatan dengan situasi yang saya alami.
Ini adalah contoh doa yang saya amalkan ketika saya merasa susah hati kerana berhenti kerja dan tercari-cari kerja baru kerana majikan selalu lewat bayar gaji hingga menyebabkan banyak komitmen menjadi tertunggak dan dikejar bank. Walaupun setelah dapat gaji, segala hutang cuba dilunaskan namun sebab kelewatan hingga masuk bulan seterusnya, akhirnya hutang menjadi bertambah kerana pihak Bank kira lewat dari tarikh , terus jadi 2 bulan dan begitu seterusnya... hingga akhirnya terima gaji hanya untuk jelaskan hutang.
Saya masih berusaha untuk mencari kerja yang gajinya dibayar secara tetap tarikh setiap bulan kerana saya tahu Ujian yang saya hadapi adalah kerana Allah sayang hambaNya. Maka saya terus amalkan doa ini dan bertadabbur dengannya... saya yakin, Allah tentu akan memberikan kemenangan pada hamba-Nya kerana “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)
Doa ini adalah permulaan surah Al Fath ayat 1-4.
Terima kasih Allah kerana Engkau senantiasa Mengasihi dan Menyayangi hambaMu ini walaupun hambaMu ini selalu lalai dan leka dalam melakukan dosa.
Nota: Penjelasan lanjut tentang surah ini boleh didapati di http://www.fadhilza.com/2012/08/tadabbur/khasiat-dan-manfaat-surat-al-fath-ayat-1-4.html