Jumaat, 3 Julai 2009

Kenanganku Di Mekah dan Madinah

Semasa aku di perjalanan (musafir) , aku telah memasang niat agar Allah izinkan aku untuk mengambil gambar dan merakamkan keadaan di Tanah Haram. Tujuan ku hanyalah untuk kedua orang tuaku melihat sendiri bagaimana keadaan di sana.



Aku tahu hati kedua orang tuaku begitu sayu sewaktu melepaskan aku namun apa dayaku kerana kemampuan kami tidak mengizinkan untuk kami pergi bersama. Kerana itulah rakaman ini ku ambil agar dapat menyejuk kan hati mereka dan dapat mereka melihat suasana di Tanah Haram ini.



Rakaman ini juga ku harap dapat mengajak ramai lagi mereka yang berkemampuan agar melupakan hasrat untuk kelain tempat melainkan datang ke Rumah Allah ini. Marilah kita sebagai hambaNya menyahut panggilannya dan memohon keampunan atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan.



Bagi anak-anak yang berkemampuan, bawalah kedua ibu bapa anda datang ke rumah Allah ini agar menjadi ubat bagi keduanya.



Perumpamaannya adalah seperti jasad, jika lapar ianya perlu makan begitulah juga Roh. Roh inilah dikenali sebagai Rohani dan makanannya ialah zikir dan zuhud. Maka tidakkah bertuah rasanya jika dapat sampai ke rumahNya dan berada dekat denganNya?. Dapat meminta terus darinya dan Dia Maha mengabulkan sedangkan meminta pada manusia, ada masanya kita dihinakan malah kadang-kadang disisihkan?.



Semoga apa yang ditonton akan menambahkan perasaan untuk sampai ke sana.. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan