Suatu hari, seorang tetamu datang hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tetamu itu meminta izin untuk masuk. Mendengarkan suara tetamu itu Nabi Muhammad terus berubah ceria dan berkata..,
"Ya Allah, dia ialah Halah"
Rupa-rupanya tetamu itu ialah Halah binti Khuwailid, ipar Rasulullah. Halah juga besan Rasulullah. Anak Halah, Abul As, adalah menantunya. Suami kepada Zainab. Suara Halah benar-benar mengingatkan Nabi kepada Khadijah.
Aishah menyedari betapa cerianya Rasulullah menerima kedatangan Halah. Aisyah tahu itu tandanya Rasulullah sangat menyintai isterinya Khadijah yang telah meningal dunia. Tiba-tiba sahaja rasa cemburunya berbunga.
Aisyah berkata: "Mengapa Baginda selalu kenangkan Khadijah yang sudah tua dan meninggal dunia?, sedangkan Tuhan sudah menggantikan yang lebih baik buat Baginda"
Aisyah merungut kepada Rasulullah dalam nada cemburu "Seolah-olah tidak ada perempuan lain lagi dalam dunia ini. Hanya Khadijah sahaja yang ada"
Aisyah melihat Baginda begitu menyayangi Khadijah kerana Baginda selalu menyebut-nyebut tentang kebaikan Khadijah dan selalu benar Baginda memujinya.
Rasulullah lalu menjawab: "Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku kala orang lain mengingkariku. Dia membenarkanku kala orang lain mendustakanku. Dia menyerahkan hartanya padaku kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunanku melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada isteri-isteriku yang lain"
Sumber Rujukan:
Dari buku - Siapa Khadijah Binti Khuwailid
Penulis: Nabilah Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan