Sabtu, 17 April 2010

Madah IMAM Al-Shafie

Sedikit dari madah IMAM agung kita yang boleh dikongsi bersama.

IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaranIslam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya.

Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan,selain melakukan muhasabah diri bagi membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Sebahagian darinya biasa kita dengar dan kita aplikasikan manakala sebahagian lagi mungkin jarang kita dengar atau mungkin tidak pernah langsung.

Antaranya:-

1. Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dankecantikannya murah hati.

2. Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan.

3. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripadakesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

4. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

5. Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana pilihan), sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana terpaksa).

6. Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyakberkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orangberilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

7. Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada segala perbuatan tercela.

8. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

9. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

10. Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikannya. Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

11. Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.

12. Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

13. Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih tercela.

14. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada Ahli Tauhid.

"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan