Alhamdulillah, segala puji bagi Mu Ya Allah atas ketentuan dan jemputan Mu pada ke dua orang tuaku. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Besar, (Allahuakbar), Maha Kuasa atas segala-galanya, Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Mengabulkan.
Engkau telah mengabulkan doa hamba Mu ini maka kerana itu, segala pujian hanya buat-Mu Ya Allah. Alhamdulillah kupanjatkan rasa syukur terhadap-Mu. La Haulawala Quata Illa billa Hil A'liul A'zim (tidak ada daya dan upaya melainkan daya dan upaya Allah yang Maha Agung)
Pada awal laman blog ku, telah kucatatkan keinginanku agar kedua orang tuaku dapat menyusul pemergianku ke tanah suci dan sungguh janji Allah itu benar, doa ku telah pun dimakbulkan-Nya dan tahun ini 2010, ayah dan ibu ku telah dijemput untuk menjadi tetamu-Nya bagi menunaikan ibadah haji yang mulia (Zulhijjah 1431h). Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah.
Kepada mereka yang membaca blog ku dan turut sama mendoakan, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Mudah2an Allah membalasnya dengan menjemput kalian menjadi tetamu-Nya jua Insyaallah.
Sesungguhnya tempat barkah ini tidak mampu dijejaki sesiapa pun jika tanpa jemputan dari-Nya. Sekaya mana pun seorang manusia, tidak akan mampu menerjah kesana pada bila-bila masa sekehendak hatinya sebagaimana dia mampu mengembara keseluruh dunia.
Rumah Allah ini, hanya mampu dijejaki jika adanya jemputan dari-Nya kerana walau kaya bagaimana pun jua, jika Dia tidak menjemput, maka yang kaya tetap tidak dapat jejak ke rumah-Nya.
Begitu juga dengan yang miskin, semiskin bagaimana pun ia, jika Allah menjemput, akan jejaklah kakinya di rumah Allah Yang Mulia ini.
Kerana jemputan-Nya jua, yang miskin akan berkemampuan untuk sampai dan menjadi tetamu-Nya dan tanpa jemputan dari-Nya, yang kaya tetap tidak akan sampai kerana tidak dijemput sebagai tetamu-Nya.
Mudah-mudahan, Allah menjemput kita semua sebagai tetamu-Nya. Tanamkan Niat di hati dan ikhlaskan perlakuan demi kerana Allah kerana Ikhlas itu tinggi nilainya pada Allah dan Insyaallah, Dia akan menjemput kita kerumah-Nya. Berdoa dan beribadat ikhlas demi Allah.. Insyaallah.
Buat Ayah dan Ibu, mudah-mudahan Allah memberikan Haji yang Mabrur. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan