Golongan Fakir melalui kehidupan yang sukar. Mereka bukan sahaja tidak mampu memnuhi keperluan hidup sehari-hari, malah dipandang rendah dan kadang-kadang dihina bahkan dipinggirkan oleh masyarakat.
Namun Rasulullah S.A.W tidak pernah melayan mereka sedemikian. Rasulullah pernah menerima kunjungan seorang utusan yang mewakili orang-orang Fakir dan kunjungan itu diterima baik oleh Rasulullah S.A.W.
Utusan itu berkata: " Wahai Rasululullah, saya adalah utusan orang-orang fakir"
Rasulullah menyambutnya dengan berkata: " Selamat datang kepadamu dan mereka yang menghantarmu berjumpa denganku. Allah mencintai golonganmu"
Utusan itu berkata lagi: " Wahai Rasulullah, golonganku berkata, 'Sesungguhnya orang-orang kaya mampu melakukan amalan dan kebaikan. Mereka mampu mengerjakan haji sedangkan kami tidak mampu. Mereka mampu bersedekah sedangkan kami tidak. Mereka mampu memerdekakan seorang hamba sahaya, kami tidak. Apabila mereka sakit, mereka masih mampu menyimpan harta sementara kami tidak boleh' "
Rasulullah menjawab: "Sampaikan salamku kepada mereka dan beritahu golonganmu, siapa yang beriman dan bersabar diantara kamu, memperoleh tiga perkara yang tidak dimiliki oleh orang-orang kaya"
Pertama:
Ada sebuah bilik di syurga yang diperbuat dari intan berwarna merah. Penghuni syurga dapat melihatnya seperti penduduk dunia melihat bintang-bintang di langit. Mereka yang boleh masuk kedalam bilik itu hanyalah para Nabi, Wali, Shuhada, orang-orang mukmin dan orang-orang Fakir.
Kedua:
Golongan fakir masuk syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya iaitu berselisih setengah hari. Setengah hari si syurga adalah bersamaan dengan 500 tahun di dunia. Mereka kelak duduk bersenang-senang di dalam syurga. Nabi Sulaiman masuk syurga 40 tahun sesudah para Nabi yang lain kerana harta dan kerajaan yang Allah kurniakan kepadanya sewaktu di dunia. (Ertinya Nabi Sulaiman adalah Nabi yang terakhir masuk syurga selepas Nabi-Nabi yang lain)
Ketiga:
Apabila seorang fakir membaca 'Subhanallah Walhamdulillah wa la ila haillallahu Allahu Akbar' dengan ikhlas dan orang kaya juga membaca kalimat yang sama, pahala orang kaya itu tidak dapat melebihi pahala orang yang fakir meskipun orang kaya itu mendermakan 10,000 dirham bersama dengan bacaannya itu. Begitu juga halnya dengan amalan-amalan yang lain"
Subhanallah, begitu besarnya kelebihan dan keutamaan orang -orang fakir yang beriman dan sabar dalam kehidupan ini berbanding para hartawan. Mendengar khabar dari Nabi itu, utusan itu tidak lagi bersedih hati dan menyesali nasibnya.
Diakhirat kelak, orang kaya perlu menjawab dua soalan dari Allah iaitu dari mana mereka mendapatkan harta dan bagaimana mereka membelanjakannya. Sedangkan orang miskin hanya perlu menjawab satu soalan sahaja iaitu bagaimana mereka menghadapi kemiskinan.
Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Zulkifli dan Nabi Musa adalah antara para Nabi yang memiliki harta berlimpah. Mereka bukan sahaja kaya tetapi juga menjadi raja. Meskipun demikian, mereka sentiasa bersyukur dengan kekayaan dan takhta yang Allah amanahkan kepada mereka sehingga syurga itu terjamin bagi mereka.
Sebaliknya Nabi Ayub, Nabi Yaakub, Nabi Isa dan Nabi Muhammad tergolong para Nabi yang miskin. Mereka adalah sebaik-baik teladan orang yang sabar. Sabar dan syukur adalah amalan utama dalam kehidupan kerana kata Rasulullah, Sabar dan Syukur adalah separuh dari ibadah.
Kesimpulannya, orang-orang kaya yang telah diberikan Allah rezeki perlu sentiasa bersyukur dan orang miskin pula perlu sentiasa sabar kerana kedua-duanya mendapat ganjaran Syurga.
Kata Abul Laitsi dalam Durratun Nasihin;
Orang-orang Fakir memiliki 5 kemuliaan berikut;
1. Pahala amalan orang - orang fakir lebih banyak daripada pahala bagi amalan orang-orang kaya dalam solat, sedekah dan seterusnya.
2. Apabila orang miskin menginginkan sesuatu tetapi dia tidak mampu memperolehinya, Allah mencatatkan satu pahala baginya.
3. Orang fakir masuk syurga lebih awal dari daripada orang kaya.
4. Hisab bagi orang fakir lebih ringan berbanding orang kaya.
5. Orang fakir kurang menyesali hidup mereka berbanding orang kaya.
Meskipun demikian, kita kena selalu beringat bahawa orang fakir lebih dekat kepada kekufuran. Ramai orang fakir sanggup menggadaikan iman bagi memenuhi keperluan hidup. Oleh sebab itulah Allah memberi pahala yang besar kepada orang - orang fakir yang sabar.

Tanpa kesabaran, orang-orang fakir mudah tergelincir menjadi kufur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan