Rabu, 1 Jun 2011

Waktu dan tempat yang mustajab utk berdoa

ABU HURAIRAH meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu lapangnya"
(Riwayat Tirmizi)

Oleh itu hendaklah kita memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat yg terpilih ini agar doa mudah dan cepat dikabulkan. Di antaranya:

[*]Ketika berpuasa sehingga ia berbuka.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Orang yang sedang berpuasa, doanya tidak akan sekali-kali ditolak".
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

[*] Waktu antara azan dan iqamah, iaitu selepas bilal melaungkan azan dan sebelum bilal melaungkan iqamah.

Ia mengikut riwayat Abu Daud dan Nasai, "Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."

[*] Ketika satu pertiga akhir malam atau sebelum Subuh merupakan waktu yang mustajab apabila kita berdoa. Ini kerana


Rasulullah bersabda:

"Allah turun setiap malam ke langit dunia dan apabila sampai satu pertiga malam yang akhir, Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku makbulkan dan sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan kepadanya dan sesiapa yang meminta ampun, maka Aku ampunkan".
(Riwayat Muttafaq alaih)


[*]Setiap kali selepas sembahyang

[*]Doa pada permulaan hujan. Ini berkemungkinan kerana hujan adalah rahmat dan ada malaikat yang menjaga hujan. Logiknya, pada permulaan hujan, ia turun bersama rahmat dan malaikat, oleh itu pada masa itu sekiranya kita berdoa, insyaAllah doa itu dimakbulkan

[*]Doa selepas khatam al-Quran.


Daripada Anas r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bersama dengan setiap kali khatam al-Quran, di situ ada waktu yang mustajab berdoa" (Riwayat ad-Darimi)


[*]Waktu Sujud



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Waktu yang paling dekat antara hamba dgn Allah ialah ketika sujud. Maka perbanyakkanlah doa".
(Riwayat Muslim).


Ia lebih sesuai dibuat dalam sembahyang sunat iaitu panjangkan sujud dan berdoa

[*]Ketika Lailatulqadar

[*]Hari Arafah

[*]Hari dan malam Jumaat

[*]Ketika berhadapan dgn musuh di dalam peperangan

[*]Ketika meminum air Zam-Zam

[*]Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa

*petikan dr berita harian

Ilmu

Assalamualaikum,

Baik hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang 'Ilmu'.

Sebut 'ilmu' sahaja semua orang wajib tahu ianya adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai buat kita hamba-Nya dan makhluk ciptaannya. Kita berjaya hidup di dunia ini pun kerana Ilmu yang diberikan Allah.

Allah SWT adalah guru yang terbaik. Tidak ada cacat cela-Nya dalam mengajar hamba Nya.

The Best! and The Perfect!

Tanpa sedar, untuk survive dan berjaya di dunia ini, jika tidak ada ilmu Allah yang Allah ajarkan, kita memang tak boleh hidup.

Contohnya, Allah ajar kita ilmu supaya makan bila kita rasa lapar dan untuk itu kita kenalah cari makanan bukan makanan dapatkan kita. Bila haus, kita perlu minum dan samalah juga, kita cari air untuk minum bukan air datang kat kita.

(Kalau air dah datang kat kita, confirm tandanya MERBAHAYA. Itu namanya air BAH!. Pandai2lah selamatkan diri untuk hidup.)

Bila kita sesat di hutan tak ada bekalan makanan, Allah ajar kita supaya tenguk monyet dan burung2. Apa buah @ tumbuhan yang mereka makan, ertinya kita boleh makan. Insyaalah tidak keracunan.

Allah ajar kita ilmu menjinakkan binatang supaya kita boleh berternak, ilmu tahu bila hari akan hujan bila nampak mendung tebal berarak, lalu kita sediakan payung sebelum hujan tapi Allah juga ajar yang mendung kadang kala tak bererti hujan tapi kita tetap berwaspada.

Banyak lagi ilmu yang Allah beri dan ajar pada kita. Cuma kita yang kadang-kala buat-buat tak tahu atau tak nak ambil tahu atau lebih teruk lagi kitalah makhluk yang tak tahu bersyukur kerana SOMBONG!.

Paling menakjubkan, tidak ada manusia mahupun makhluk ciptaan-Nya yang bergelar 'IBU" mampu mengajar anaknya yang baru lahir supaya tahu menyusu. Bayi atau anak kucing atau anak lembu atau apa jua makhluk yang baru lahir dari perut ibunya automatik tahu menyusu sebaik dilahirkan. Kita tak mampu buat dan ajar itu semua. Tak ada Cikgu @ Professor @ Pakar yang bijak pandai boleh ajar perkara ini. Hanya Allah sahaja.

Jadi bersyukurlah bila ada ilmu. Tak mustahil bagi orang yang berilmu tinggi hilang ilmunya dalam sekelip mata.

Contohnya:

- Professor hilang ilmunya bila dia menjadi pelupa
- Guru muzik hilang ilmunya bila pekak
- Doktor Pakar hilang ilmunya bila dia sendiri lumpuh
- Pemain sukan hilang ilmunya bila hilang upaya
- Perenang hilang ilmunya bila lemas.
- Pelukis hilang ilmunya bila buta.
- Penyanyi hilang ilmunya bila bisu.

Jadi ingatlah, ilmu yang kita ada sekarang, Allah boleh tarik balik bila-bila masa sahaja.So jangan menyombong bila pandai.

Jangan anggap orang lain bodoh bila anda rasa anda bijak kerana sebenarnya dalam dunia ni Allah jadikan hamba-Nya tidak sempurna.

Jika kita rasa kita bijak, ada orang lain yang lebih bijak. Jika kita rasa kita kaya, ada orang lain yang lebih kaya, jika kita rasa kita hebat, ada orang lain yang lebih hebat. So siapa yang sempurna??..

Oleh itu, bersyukurlah bila kita ada ilmu kerana jika kita bersyukur, Allah akan tambah lagi ilmu kita. Orang yang selalu bersyukur akan sedar bahawa ilmu adalah untuk dikongsi dan disebarkan bukan untuk diri sendiri. Selalu-selalulah sebar dan berkongsi ilmu dan sentiasalah memuji Allah sebab meminjamkan ilmu itu pada kita.



Sabda Rasulullah SAW,

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka”


So, pada adik-adik yang sedang menuntut di IPTS mahupun IPTA, rajin-rajinlah berkongsi ilmu. Bila ada yang bertanya, jangan disorok apa yang kita tahu kelak ianya memakan diri. Kalau dah didunia pun tak berkat, apatah lagi di akhirat.



Sabda Rasullullah SAW lagi: Barangsiapa yang menuntut suatu ilmu (yang semestinya) untuk mendapat redha Allah (tetapi) ia tidak menuntut melainkan untuk mendapat ganjaran duniawi, niscaya kelak dia pada Hari Kiamat tidak akan memperolehi bau syurga.
[HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah]

Wassalam

Family Calendar

Assalamualaikum,

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah calendar family atau banting atau beg untuk Umrah / Haji atau name card bolehlah huubungi saya di talian 012 6126261 untuk tempahan.

Bagi individu yang inginkan kelainan bagi sesebuah poster mahupun calendar juga inginkan gambar yang menarik bagi photo2 anda yang sedia ada, saya juga membuat editing agar photo anda menjadi lebih menarik. Caranya mudah sahaja, emailkan sahaja gambar anda pada saya di rosainiabdghani@yahoo.com dan saya akan mengeditnya untuk anda.

Bagi sebuah calendar dgn gambar anda mahupun keluarga anda dengan uuran 2 x 3 kaki, anda hanya perlu membayar sebanyak RM30 sahaja.

Bagi yang jauh, caj bagi pos laju dikenakan sebanyak RM 7 bagi sebuah poster yang berupa banting@banner berukuran 2 x 3.

Dibawah addalah contoh calendar yang telah saya buat ;

Selain calendar untuk setahun, anda juga boleh menempah calendar bulanan dengan gambar anda sendiri mahupun keluarga anda.



Bagi poster/calendar/ banting berukuran 2 x 3, pastikan anda menghantar gambar yang mempunyai resolution yang tinggi. Jika tidak gambar pada poster tidak akan jelas. (pecah)

Jadi be happy dengan calendar anda sendiri. bagi pengantin lama, jangan susah hati, saya boleh menjadikan gambar pengantin anda cantik dan menarik.

Jadi tunggu apa lagi??.. hubungi saya segera..

Wassalam