ABU HURAIRAH meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah pada waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa pada waktu lapangnya"
(Riwayat Tirmizi)

Oleh itu hendaklah kita memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat yg terpilih ini agar doa mudah dan cepat dikabulkan. Di antaranya:
[*]Ketika berpuasa sehingga ia berbuka.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Orang yang sedang berpuasa, doanya tidak akan sekali-kali ditolak".
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
[*] Waktu antara azan dan iqamah, iaitu selepas bilal melaungkan azan dan sebelum bilal melaungkan iqamah.
Ia mengikut riwayat Abu Daud dan Nasai, "Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."
[*] Ketika satu pertiga akhir malam atau sebelum Subuh merupakan waktu yang mustajab apabila kita berdoa. Ini kerana
Rasulullah bersabda:
"Allah turun setiap malam ke langit dunia dan apabila sampai satu pertiga malam yang akhir, Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku makbulkan dan sesiapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan kepadanya dan sesiapa yang meminta ampun, maka Aku ampunkan".
(Riwayat Muttafaq alaih)

[*]Setiap kali selepas sembahyang
[*]Doa pada permulaan hujan. Ini berkemungkinan kerana hujan adalah rahmat dan ada malaikat yang menjaga hujan. Logiknya, pada permulaan hujan, ia turun bersama rahmat dan malaikat, oleh itu pada masa itu sekiranya kita berdoa, insyaAllah doa itu dimakbulkan
[*]Doa selepas khatam al-Quran.

Daripada Anas r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bersama dengan setiap kali khatam al-Quran, di situ ada waktu yang mustajab berdoa" (Riwayat ad-Darimi)

[*]Waktu Sujud
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Waktu yang paling dekat antara hamba dgn Allah ialah ketika sujud. Maka perbanyakkanlah doa".
(Riwayat Muslim).

Ia lebih sesuai dibuat dalam sembahyang sunat iaitu panjangkan sujud dan berdoa
[*]Ketika Lailatulqadar
[*]Hari Arafah
[*]Hari dan malam Jumaat
[*]Ketika berhadapan dgn musuh di dalam peperangan
[*]Ketika meminum air Zam-Zam
[*]Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa
*petikan dr berita harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan