Rabu, 1 Jun 2011

Ilmu

Assalamualaikum,

Baik hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang 'Ilmu'.

Sebut 'ilmu' sahaja semua orang wajib tahu ianya adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai buat kita hamba-Nya dan makhluk ciptaannya. Kita berjaya hidup di dunia ini pun kerana Ilmu yang diberikan Allah.

Allah SWT adalah guru yang terbaik. Tidak ada cacat cela-Nya dalam mengajar hamba Nya.

The Best! and The Perfect!

Tanpa sedar, untuk survive dan berjaya di dunia ini, jika tidak ada ilmu Allah yang Allah ajarkan, kita memang tak boleh hidup.

Contohnya, Allah ajar kita ilmu supaya makan bila kita rasa lapar dan untuk itu kita kenalah cari makanan bukan makanan dapatkan kita. Bila haus, kita perlu minum dan samalah juga, kita cari air untuk minum bukan air datang kat kita.

(Kalau air dah datang kat kita, confirm tandanya MERBAHAYA. Itu namanya air BAH!. Pandai2lah selamatkan diri untuk hidup.)

Bila kita sesat di hutan tak ada bekalan makanan, Allah ajar kita supaya tenguk monyet dan burung2. Apa buah @ tumbuhan yang mereka makan, ertinya kita boleh makan. Insyaalah tidak keracunan.

Allah ajar kita ilmu menjinakkan binatang supaya kita boleh berternak, ilmu tahu bila hari akan hujan bila nampak mendung tebal berarak, lalu kita sediakan payung sebelum hujan tapi Allah juga ajar yang mendung kadang kala tak bererti hujan tapi kita tetap berwaspada.

Banyak lagi ilmu yang Allah beri dan ajar pada kita. Cuma kita yang kadang-kala buat-buat tak tahu atau tak nak ambil tahu atau lebih teruk lagi kitalah makhluk yang tak tahu bersyukur kerana SOMBONG!.

Paling menakjubkan, tidak ada manusia mahupun makhluk ciptaan-Nya yang bergelar 'IBU" mampu mengajar anaknya yang baru lahir supaya tahu menyusu. Bayi atau anak kucing atau anak lembu atau apa jua makhluk yang baru lahir dari perut ibunya automatik tahu menyusu sebaik dilahirkan. Kita tak mampu buat dan ajar itu semua. Tak ada Cikgu @ Professor @ Pakar yang bijak pandai boleh ajar perkara ini. Hanya Allah sahaja.

Jadi bersyukurlah bila ada ilmu. Tak mustahil bagi orang yang berilmu tinggi hilang ilmunya dalam sekelip mata.

Contohnya:

- Professor hilang ilmunya bila dia menjadi pelupa
- Guru muzik hilang ilmunya bila pekak
- Doktor Pakar hilang ilmunya bila dia sendiri lumpuh
- Pemain sukan hilang ilmunya bila hilang upaya
- Perenang hilang ilmunya bila lemas.
- Pelukis hilang ilmunya bila buta.
- Penyanyi hilang ilmunya bila bisu.

Jadi ingatlah, ilmu yang kita ada sekarang, Allah boleh tarik balik bila-bila masa sahaja.So jangan menyombong bila pandai.

Jangan anggap orang lain bodoh bila anda rasa anda bijak kerana sebenarnya dalam dunia ni Allah jadikan hamba-Nya tidak sempurna.

Jika kita rasa kita bijak, ada orang lain yang lebih bijak. Jika kita rasa kita kaya, ada orang lain yang lebih kaya, jika kita rasa kita hebat, ada orang lain yang lebih hebat. So siapa yang sempurna??..

Oleh itu, bersyukurlah bila kita ada ilmu kerana jika kita bersyukur, Allah akan tambah lagi ilmu kita. Orang yang selalu bersyukur akan sedar bahawa ilmu adalah untuk dikongsi dan disebarkan bukan untuk diri sendiri. Selalu-selalulah sebar dan berkongsi ilmu dan sentiasalah memuji Allah sebab meminjamkan ilmu itu pada kita.



Sabda Rasulullah SAW,

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka”


So, pada adik-adik yang sedang menuntut di IPTS mahupun IPTA, rajin-rajinlah berkongsi ilmu. Bila ada yang bertanya, jangan disorok apa yang kita tahu kelak ianya memakan diri. Kalau dah didunia pun tak berkat, apatah lagi di akhirat.



Sabda Rasullullah SAW lagi: Barangsiapa yang menuntut suatu ilmu (yang semestinya) untuk mendapat redha Allah (tetapi) ia tidak menuntut melainkan untuk mendapat ganjaran duniawi, niscaya kelak dia pada Hari Kiamat tidak akan memperolehi bau syurga.
[HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah]

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan