Jumaat, 14 Mei 2010

Ziarah Mekah dan Laut Merah

Assalamualaikum,

Kali ni saya 'load in' pula video ziarah saya di negeri Mekah. Kami di bawa menziarahi Ladang Unta, Muzium dan Laut Merah.

Semasa melawat ladang Unta, saya diberitahu sedikit sebanyak mengenai binatang kesayangan Nabi ini.

Kebaikan makhluk bernama UNTA.

Selain diguna sebagai alat pengangkutan, unta mempunyai pelbagai kegunaan. Seperti kelapa, setiap bahagian darinya berguna untuk manusia, begitu jugalah unta. Unta mempunyai sejuta kelebihan dari hujung kepalanya hinggalah ke kuku kakinya. Bahkan ada pendapat mengatakan kencingnya juga elok dijadikan penawar.

Hati unta misalnya elok untuk mengubati penyakit lelah, semput mahupun asma. Ia juga dikatakan boleh menghitam dan melebatkan rambut manakala dagingnya pula sesuai untuk memanaskan badan dan menghindarkan letih dan lenguh.

Lemak yang terdapat pada bonggol unta juga mujarab dijadikan ubat sapu atau minyak urut.

Yang menariknya, daging unta jika dibiarkan, tak akan ada seekor lalat pun yang hinggap padanya sebaliknya daging-daging itu akan dihurung oleh tebuan. Ini bermakna daging unta bukanlah seperti daging kambing. Hamis dan tinggi kolestrolnya. Sebaliknya daging unta lebih manis, berlemak dan tiada kolestrol. Selain itu daging unta juga dikatakan mampu menyembuh penyakit lelah.

Berbeza dengan daging, hati unta lebih berkhasiat jika dibuat sup. Walaupun rasanya sedikit payau namun ia tetap manis berlemak, jika dibekukan lama, ia tidak menjejaskan rasa daging tersebut. Disamping itu juga, susu unta mempercepatkan penyembuhan luka.

Saya dimaklumkan bahawa susu unta amat berkhasiat berbanding susu haiwan ternakan lain. Lemak yang terkandung dalam susu unta dikatakan 40% lebih rendah daripada susu lembu. Susu unta juga kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, potassium dan zat besi. Susu unta tahan lama andai dididihkan bersama gula pasir. Setelah disejukkan ia tidak akan masam atau berkulat. Susu unta juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman.

Apa pun kesembuhan bagi segala penyakit itu datangnya dari Allah jua.

Selain itu, buih susu unta juga boleh menghilangkan daki pada badan, melembut dan memutihkan kulit. Buih susu unta ini juga tidak berbau malah sejuk dan segar. (Saya sendiri telah mencubanya). Mudah2an anda juga berpeluang untuk melihat, merasa dan mencuba sendiri susu dan daging unta. Insyaallah.

Fakta mengenai unta di ladang unta (Mekah):-
Seekor Unta jantan bersamaan dengan 40 ekor unta betina. Biasanya unta jantan akan diasingkan dari unta betina. Unta betina pula akan dipakaikan coli bagi mengelakkan anak unta kerap menyusu. Ini kerana susu unta amat diperlukan bagi kegunaan harian penduduk kota Mekah amnya .

Semuga terhibur menonton video ziarah saya di kota Mekah dan Laut Merah ini.



Ahad, 9 Mei 2010

6 soalan mudah dari Imam Al Ghazali

Suatu hari Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu bertanya 6 soalan.

Soalannya mudah tapi mempunyai maksud yang dalam.

Soalan pertama:
Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Anak muridnya menjawab: Orang tua, guru, kawan dan sahabat

Jawab Imam Ghazali: Semua itu benar tapi jawapan yang paling benar ialah.. yang paling dekat dengan kita ialah ‘MATI’ sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)

Soalan kedua:
Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Muridnya menjawab Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang.

Imam Ghazali menjawab: Semua itu benar tapi yang paling benar ialah ‘MASA LALU’ sebab walau dengan apa cara sekalipun kita tak akan dapat kembali ke masa lalu.

Soalan ketiga:
Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-murid menjawab: Gunung, bumi dan matahari.

Imam Ghazali menjawab: semua itu benar tapi yang paling besar di dunia ini ialah ‘NAFSU’ (Al-Araf- 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Soalan keempat:
Apa yang paling berat didunia ini?
Jawab murid : Besi dan gajah.

Imam Ghazali menjawab: benar tapi yang paling benar ialah ‘MEMEGANG AMANAH’ (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan Malaikat semua tidak mampu memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi Khalifah di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Soalan kelima:
Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid menjawab: Kapas, angin, debu dan daun-daunan.

Imam Ghazali menjawab: Semua itu benar tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Sebab kerja, kita lupa solat, sebab mesyuarat kita tinggalkan solat.

Soalan keenam:
Apa yang paling tajam di dunia ini?
Serentak murid-murid menjawab: Pedang!

Imam Ghazali menjawab: Benar tapi yang paling tajam ialah “LIDAH MANUSIA’ kerana melalui lidah, Manusia selalu menyakiti dan melukai perasaan saudara sendiri.

Sabtu, 8 Mei 2010

Kunci Pintu Syurga


Tanpa Ayah dan Ibu, kita tak lahir di dunia.

Tanpa belas kasih ayah dan ibu, hidup di dunia tak akan bahagia
dan


Tanpa restu ayah Ibu, kita tak akan masuk syurga

Jumaat, 7 Mei 2010

Soalan biasa

Assalamualaikum, bertemu lagi kita..

Hari ni saya nak cerita tentang soalan-soalan yang biasa lahir di mulut. Remeh, tapi seperti yang saya tuliskan pada April 16, 2010, topik bertajuk "Yang susah semakin terhimpit dan yang senang semakin khilaf" bahawa setiap yang terjadi, ada ilmu yang Allah ajar pada kita

Peristiwanya..,

Apabila berjumpa kenalan baru, yang biasa kita lakukan adalah senyum, kemudian menghulur tangan untuk bersalaman. Yang menjaga pantang larang agama, biasanya cuma senyum kemudian anggukkan kepala sahaja. (Ye la.. bukan muhrim)

Kemudian berbual-bual biasa dan kebiasaannya , soalan basa basi seperti dibawah menyusul. (Dah jadi kebiasaan orang kita…….)

Soal: Melayu?
Jawab: Angguk.
Soal: (Dalam hati) Confirm Islam. Maklumlah dengar sahaja Melayu, dalam otak dah set memang islam punyalah.

Soalan seterusnya adalah soalan yang biasanya diajukan sesama sendiri dan kadangkala menimbulkan reaksi yang berbeza.

Soal: Dah sembahyang?
Jawab: Mula la berubah muka tu. Bagi yang dah buat, akan tersenyum sebelum menjawab… Alhamdulillah.., dah!. Awak?

Ni pun selalu berlaku. Soalan seperti ini biasanya akan dibalas dengan soalan semula. Kadang2 orang yang bertanya tadi pun boleh berubah air mukanya. Maklumlah dia pun tak sehebat orang yang ditanya awal tadi. Saja buat soalan cepu mas. Konon hebat la tu.

Apa pun, jarang orang yang tak sembahyang bertanyakan soalan tu pada orang lain melainkan dia dah sembahyang tapi belum tentu dia seorang yang tekun, rajin dan sabar dalam mengerjakannya. Ini bagi yang hipokrit la.. hee..kelak dia jawab sendiri pada Allah.

Bagi yang tekun, sabar, taat lagi ikhlas dalam mengerjakan suruhan Allah yang merupakan Tiang Agama ini, Insyaallah, di wajahnya akan terpancar Nur Allah. Kerana Nur itu tak dapat dibuat-buat. Ianya pemberian Allah.

Soalan di bawah ni agak kurang popular. Ianya biasa berlaku bila kita jumpa kenalan seagama dari luar negara. Kebiasaannya student yang belajar di Pusat pengajian tinggi, kolej swasta @ antarabangsa dan kepada orang kita yang keluar Negara. Kebiasaannya soalan ni paling popular kepada Jemaah kita yang mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah dan yang berziarah ke Madinah. 2 negeri yang dijaga Allah. Rakyatnya confirm Islam, orang kafir ‘tak dan’ nak dapat jejak ke dalam 2 negeri yang berkah ini.
Mazhab disana pun pelbagai

Soalannya..,

Soal : Mazhab?
Jawab: Maliki
Jawab: Shafi’e
Jawab: Hanafi
Jawab: Ja'fari
Jawab: Hambali


Berbalik ke Negara kita semula..,

Biasanya soalan ni, kenalan luar negara yang tanya pada kita

(Kenalan Luar Negara) Soal: Mazhab?
(Orang kita) Jawab: Shafie (Standard…, jawapan ni pun dah ada dalam kepala otak orang kita)

Sekarang kita ditanya lagi

(KLN) Soal: Tahu apa Mazhab Shafi’e?
(OK) Jawab : Angguk
(KLN) Soal: Kenal siapa Shafi’e?
(OK) Jawab: Diam (yg ni majority org kita akan buat)

Jadi bagi siapa yang terasa diri tu sama macam orang kita (OK) yang menjawab dengan diam tu,.. dibawah ni saya kepilkan ‘Siapa Shafi’e’ ni. Jangan lepas ni, pandai cakap jer…

Imam Syafi’e

Nama dan Nasab
Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Safi'I dan bertemu nasabnya dengan nabi Muhammad dengan Abdul Manaf.

Beliau merupakan Sohibul Mazhab Syafi’e yang bertebaran di serata dunia termasuk di Malaysia.
Lahir pada tahun 105 H di Ghozah dan ibunya membawa beliau ke Mekkah setelah beliau berusia 2 tahun dan dari ibunya tersebut beliau belajar Al Qur'an

Guru-guru
Diantara guru-guru beliau adalah pakcik beliau sendiri Muhammad bin Ali kemudian Abdul Aziz bin Majisun dan kemudian Imam Malik.

Imam Syafi’e menghafal kitab hadis iaitu kitab Muwato’ karangan Imam Malik hanya dalam 9 hari iaitu sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah Kehidupan ilmiah Pada usia 10 tahun beliau belajar bahasa dan syair hingga mantab. Kemudian belajar fiqih, hadis dan al qur'an kepada Ismail bin Qostantin, kemudian menghafal muwato' dan mengujikannya kepada Imam Malik.

Imam Muslim bin Kholid mengizinkan beliau berfatwa ketika beliau berusia 10 tahun atau kurang. Menulis dari Muhammad bin Hasan ilmu fiqih. Imam Malik melihat kekuatan dan kecerdasan beliau sehingga memuliakan dan menjadikan Syafi'e sebagai orang dekatnya

Memiliki kecerdasan dan kuat ingatan yang sungguh luar biasa. Beliau jika membaca buku perlu menutup mukasurat sebelah kerana pantasnya beliau mengingat dengan hanya sepintas lalu.

Makam Imam Shafi'e di Kaherah
Murid-murid
Diantara murid beliau adalah imam Ahmad, Khumaidi, Abu Ubaid, Al Buthi, Abu Staur dan banyak yang lain.

Peranan dalam membela sunnah
Beliau memiliki kedudukan tersendiri yang membezakan diantara ahlul hadis yang lain. Beliaulah yang meletakkan kaidah-kaidah riwayat pembelaan terhadap sunnah dan memiliki beberapa pendapat yang berbeza dengan Imam Malik dan Abu Hanifah, iaitu bahawa sebuah hadis apabila sahih, maka wajib mengamalkannya walaupun tidak dilakukan oleh ahlul Madinah (seperti yang disyararatkan oleh Imam Malik dan Abu Hanifah).
Dengan ini beliau dijuluki Nasirussunnah (penolong sunnah) dan tidaklah dapat diingkari oleh setiap yang menulis kitab hadis dan pembahas sunnah serta kitab ussul bahwa mereka mengikut apa yang ditulis oleh Shafi’e.

Kubah makam Imam syafi’e dibina oleh isteri kepada Saidina Salahuddin Al-Ayubi

Pendapat beliau

Pendapat beliau sebagaimana pendapat imam yang lain. Beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma'.

Kelebihan beliau adalah, beliau beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma' lebih luas dari pada Imam Malik dan Abu Hanifah karena beliau menerima hadis ahad

Kata Ulama tentang beliau
Para ulama' ahlul hadis di zaman ini apabila berkata, mereka akan berkata dengan menggunakan perkataan Imam Syafi'e.

Imam Ahmad berkata, 'tidaklah ada orang yang menyentuh pena dan tinta kecuali Syafi'e. Dan tidaklah kita mengetahui sesuatu yang global dari tafsir dan nasih mansuh dari hadis kecuali setelah duduk bersama Imam Syafie'i."

Ahmad bin Hambal pernah berkata pada Ishaq bin Rokhuyah "kemarilah aku tunjukkan kepadamu seorang laki-laki yang engkau belum pernah lihat yang sama dengannya maka dia membawaku kepada Imam Syafi'e."

Perkataan Imam Shafi'
1. Tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali agar ia tepat , benar dan tertolong. Dan ia mendapatkan penjagaan serta pengawasan Allah. Dan tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali saya tidak peduli apakah Allah akan menjelaskan kebenaran dari mulutku atau mulut dia.

2. Amalan yang paling hebat ialah dermawan ketika sempit (susah), menjaga diri ketika sendirian dan mengucapkan kalimat yang benar dihadapan orang yang berharap dan yang takut

3. Bantulah dalam berkata dengan diam dan mengambil hukum dengan berfikir

4. Barang siapa belajar Al Qur'an maka ia akan agung dipandangan manusia, barang siapa yang belajar hadis akan kuat hujjahnya , barang siapa yang belajar nahwu maka dia akan dicari, barang siapa yang belajar bahasa Arab akan lembut tabiatnya, barang siapa yang belajar ilmu hitung akan banyak fikirannya, barang siapa belajar fiqih akan tinggi kedudukannya, barang siapa yang tidak mampu menahan dirinya maka tidak bermanfaat ilmunya dan inti dari itu semua adalah taqwa.

Beliau wafat pada tahun 204 H. setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan ijtihad dan memenuhi hati manusia dengan cinta pengagungan dan kecondongan pada beliau.

Harap dapatlah ilmu ini dikongsi bersama dengan yang lain supaya kita tak malu bila ada yang tanya siapa Imam Shafi'e?.

Wassalam

Khamis, 6 Mei 2010

Tak mahu ke neraka, tapi ramai yang menuju kearahnya

Bertemu lagi.

Kalau sebelumnya kupasan saya memperkatakan tentang ‘kekayaan yang selalu dilupakan’ sekarang saya kupas pula isu yang ada kaitan dengannya tapi dalam skop yang lebih luas.

Isu ini nampak remeh tapi tanpa sedar isu inilah yang membawa kita ke neraka. Perkara remeh yang saya maksudkan disini ialah ‘Silaturrahim’

Kita dilahirkan untuk bersilaturrahim, bukannya untuk menyendiri walaupun menyendiri itu ada kalanya lebih baik dari bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling.

Semua itu tergantung pada niat seorang individu itu sendiri. Kalau niat elak bergaul kerana takut berbuat dosa, maka lebih baiklah menyendiri. Dosa yang dimaksudkan seperti dosa mulut kerana mengumpat atau mencaci, dosa mata kerana melihat maksiat, dosa telinga kerana mendengar umpatan dan cacian. Malah dosa yang lebih besar lagi jika akhirnya membawa kepada perkelahian hingga berbunuhan. Nauzubillah.

Tak mustahil perkara-perkara sebegini terjadi dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini.

Namun kita harus berbalik kepada tuntutan agama. Agama mengkehendaki kita untuk menyambung dan mengeratkan silaturrahim bukan memutuskannya.

Orang selalu anggap bahawa silaturrahim itu keutamananya lebih focus kepada kawan-kawan, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.

Kita lupa, bahawa konsep silaturrahim yang sebenarnya sama dengan konsep sedekah. Dalam konsep bersedekah, siapakah orang yang diutamakan menerima sedekah?. Adakah orang miskin?, Ibu tunggal atau pun orang yang meminta-minta?.

Jawapannya…, semua mereka ini layak menerima sedekah! tapi yang wajib didahulukan sebenarnya adalah Ibu Bapa, kemudian adik beradik, diikuti sepupu-sepupu , kemudian saudara mara barulah seterusnya masyarakat yang disebutkan tadi.

Orang sekarang pulak ‘terbalik kot’. Suka derma pada orang lain dulu sedangkan saudara sendiri susah, tak nampak dan tak nak bantu. Patutnya bantu saudara sendiri dulu baru bantu orang lain.

Konsep Silaturrahim begitu juga. Kena buat baik dengan Ibu Bapa dulu, adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara kemudian barulah masyarakat.

Jadi berbuat baiklah dengan Ibu bapa dan adik beradik kita dahulu baru dengan orang lain. Memang kadang2 kita berbalah tapi tetap silaturrahim itu perlu dijaga.

Adik beradik ku

Seperti lirik nasyid Rabbani ini yang bertajuk ‘satu Qiblat yang sama’

♫“Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya

Kadangkala kesabaran dicabar, tiang utuh, teguh, bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara” ♫


Orang yang mendahului orang luar dari saudara sendiri, individu ini sebenarnya adalah individu yang hipokrit atau individu yang bermuka-muka. Samaada nak jaga prestij atau pun ada kehendak sendiri yang perlu dipenuhi. Baik ada maknaaa, umpama pepatah orang tua2, ‘ada udang di sebalik batu’.

Secara logiknyalah, boleh ke bersilaturrahim dengan orang lain, sedangkan dengan saudara sendiri pun silaturrahim tak baik? Malah ada yang tak bertegur sapa dan ada yang bermusuhan sesama sendiri. Masuk logik akal tak?.

Allah SWT berfirman, “Takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. (Surah Nisa ayat 1)

Photo : aku dan ibuku
Rasulullah mengajar kita supaya berbuat baik dengan Ibu, Ayah dan adik beradik kita kerana semua itu merupakan jalan kepada kerukunan sebuah keluarga.

Kalau dah keluarga pun tak rukun, macam mana nak merukun dan memakmurkan Negara?.

Keluarga yang pincang membawa kepada Negara yang pincang. Tunggak kerukunan sebuah Negara adalah apabila sebuah keluarga itu terjaga rukunnya, kemudian membawa kepada rukun pada jiran, kemudian rukun pada masyarakat dan akhirnya rukunlah Negara. Kalau keluarga sendiri pun huru hara, rukunkah Negara?.

Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 27, “Iaitu orang-orang yang melanggar janji Allah (perintah-Nya) setelah teguhnya mereka itu memutuskan (silaturrahim) yang diperintahkan Allah menghubungkannya lagi mereka berbuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”

Begitu pentingnya Silaturrahim hingga Rasulullah SAW bersada, “Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa di dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (pada kedua orang tua) dan memutuskan silaturrahim.” Hadis riwayat Abi Bakrah
.
Bersilaturrahimlah dengan orang tua kita, adik beradik kita, saudara mara kita sendiri kemudian barulah dengan kawan-kawan, jiran dan masyarakat keliling. Itu lebih baik.

Sabda Rasulullah SAW, “Wahai kaum muslimin, takutlah kepada Allah dan lakukan silaturrahim. Sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih cepat daripada silaturrahim. Hindarkan kelacutan sebab tidak ada seksa yang lebih cepat seksa lacut dan hindarkan menderhakai kedua orang tua sebab angin Syurga yang tercium dari perjalanan seribu tahun demi Allah tidak akan tercium oleh orang yang derhaka kepada kedua orang tua, tidak pula oleh orang tua yang berzina atau jiran yang sombong. Sesungguhnya sombong itu hanya milik Allah” hadis riwayat Jabir ra.

Sungguh membicarakan tentang Silaturrahim ini tak akan ada habisnya, oleh itu bersilaturrahimlah kerana Abi Hurairah ra berkata, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “siapa ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim

Mudah2an lirik nasyid Rabbani ‘satu Qiblat yang sama’ ini menjadi renungan buat kita semua dalam melayari kehidupan bermasyarakat.



♫Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama♫

Wassalam


Kekayaan yang selalu dilupakan

Manusia selalu berkehendak pada kekayaan tanpa sedar mereka sebenarnya mempunyainya tapi tak menghargainya berbanding manusia yang tak mempunyainya tetapi terlalu menghargai dan berharap untuk mendapatkannya.

Kekayaan ini ialah IBU dan AYAH.

Golongan yang berkehendak pada kekayaan itu ialah anak-anak yang mempunyai IBU dan AYAH tetapi tidak pernah sedar malah kadang kala tidak menghargai langsung kehadiran kedua orang tuanya manakala golongan yang tidak mempunyai IBU dan AYAH pula selalu berharap agar mereka punya IBU dan AYAH.

Kita yang mempunyai IBU dan AYAH sepatutnya bersyukur kerana memiliki kekayaan ini.

Sabda Rasulullah SAW “Orang tua itu adalah kunci pintu Syurga. Jika mahu, aku hilangkan saja atau aku menjaganya” riwayat at Tarmizi dari Abu Darda’ ra

Suatu peristiwa yang saya ingat benar, saya pernah ditanya oleh teman serumah saya, waktu itu kami menyewa sebuah rumah di Melaka Baru dan tinggal berdua sahaja.

Suatu hari Ayah dan Ibu saya datang berkunjung kerumah sewa kami. Disebabkan teman saya ini tinggal di bilik hadapan, maka dialah yang mendengar salam dari orang tua saya. Sambil menjawab salam, dia mengetuk pintu bilik saya memberitahu akan kehadiran mereka.

Setelah berbasa basi sebentar, teman saya tadi lalu minta diri untuk ke dapur. Saya juga ikut sama ke dapur. Menjerang air dan menyediakan sedikit juadah buat keduanya.

Ketika inilah teman saya kata “..kamu ni beruntung dan patut bersyukur sebab masih ada orang tua. Jagalah mereka baik-baik…, itulah harta kekayaan yang kamu ada”. Saya angguk, bersetuju dan saya dapat lihat ada air mata yang bergenang di kelopak matanya. Saat itu saya tahu dia sedih sebab kenangkan nasib diri yang tak ada Ayah dan Ibu. Teman saya ini membesar hanya dengan kasih sayang seorang kakak

Waktu itu saya sangat bersyukur kerana punya IBU dan AYAH. Dan benarlah kata teman saya tadi,kedua orang tua saya adalah KEKAYAAN saya.

Sabda Rasullullah SAW, “Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya. Jika engkau berbuat demikian, maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad” riwayat Imam Muslim

Kepada yang lupa pada orang tua masing-masing, mulai sekarang ingatlah pada keduanya. Tanpa mereka tiada kita. Taatlah... walaupun kata-kata mahupun perbuatan mereka kadangkala menyakitkan hati dan amat pahit untuk di telan.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. redha padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim.


Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."“Redha Tuhan itu terdapat dalam redha orang tua serta kemurkaan-Nya terdapat dalam kemarahan orang tua” Riwayat Al-Bazzar,

Inilah wajah kedua orang tuaku.

Bagi anak lelaki yang telah berumahtangga, jangan sesekali membelakangkan kepentingan kedua orang tua kerana mengutamakan keluarga sendiri. Ini kerana mentaati dan menjaga kedua orang tua merupakan satu tanggungjawab dan amanah Allah yang dipikul sampai mati.

Anak-anak tidak boleh membelakangkan kedua orang tua mereka kerana “Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemarahan kedua orang tua” riwayat Ibnu Hibban

Walau bagaimana taat pun anda pada suruhan Allah, tetapi tidak mentaati orang tua sama seperti anda tidak mentaati Allah kerana “Taat kepada Allah juga bermakna taat terhadap kedua orang tua serta menderhakai-Nya juga bermakna menderhakai terhadap orang tua”riwayat At- Thabrani

Sama-samalah kita bermuhasabah diri supaya mana yang baik kita ikuti dan yang jahat kita hindari. Moga sebahagian lirik lagu dari kumpulan Rabbani 'Subuh yang terakhir' ini membuka minda kita bilakah kali terakhir kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada mereka?

Rabbani 'Subuh yang terakhir'

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi ayah bonda

yang tak mungkin kau terbalas budi

Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Andai esok takkan hadir

Wassalam

Petugas Masjidil Haram


Ini adalah gambar yang sempat kurakamkan ketika para petugas di Masjidil Haram sedang sebuk membentangkan permaidani, persediaan sebelum masuknya waktu solat bagi jemaah untuk bersembahyang.

Kebiasaannya para petugas akan membersihkan sebahagian demi sebahagian kawasan bagi mengelakkan gangguan kepada jemaah beribadah. Mudah-mudahan mereka peroleh pahala yang banyak disisi Allah SWT.

Ramai diantara petugas wanitanya adalah dari Indonesia manakala petugas lelakinya?.. Wallahualam, sukar nak dibezakan kerana majority mereka ini kurang bercakap. Tekun sahaja dengan kerja.

Seronoknya mereka ini ya kerana dapat bekerja di rumah Allah.



Ya Allah, kurniakanlah kami dengan kurnia Mu yang besar dan Rahmatilah kami. Semoga kami beroleh rezeki dan dapat menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah. Amin.

Air zam-zam

Bagi mereka yang belum pernah ke Mekah dan Madinah, inilah rupa bekas yang berisi air zam-zam. Disediakan sepanjang laluan dalam dan luar masjid (di Mekah). Di Madinah, ianya berada di dalam masjid. Pendek kata di dua negeri berkah ini, air zam-zam adalah satu-satunya air yang sentiasa diminum malah kegunaan tetamu Allah (lelaki membasahkan badan mereka selepas melakukan tawaf diMekah). Bukan sahaja diminum tapi ada juga yang mandi dengannya.

Sesungguhnya khasiat air ini sangat banyak. Inilah kebesaran Allah SWT. Di sana, air ini tidak boleh dijual beli. Percuma sahaja kerana ianya kurniaan Allah tapi disini, kita kena beli... he.



Inilah Molekul Air Zam-zam


Sedikit petikan mengenai air zam-zam. Sama-samalah kita memuji Ilahi diatas kejaiban ini. Maha Suci Allah dan Maha Besar kuasaNya. tiada makhluk yang mampu berbuat seperti-Nya.

Air Zam-zam Memiliki Kandungan Yang Berbeda dengan Air Biasa ?

Benar, air zam-zam memiliki keistimewaan dalam zat-zat yang dikandungnya. Tentang hal ini, sejumlah peneliti dari Pakistan telah melakukan penelitian panjang dan akhirnya mereka menemukan hal ini dan Pusat Penelitian Haji pun sudah melakukan hal yang sama terhadap air zam-zam, maka mereka menemukan bahwa air zam-zam adalah air yang menakjubkan, berbeda dengan air pada umurnya.

Penelitian terhadap air zam-zam ialah dari celah-celah mata airnya didapati tiada bakteria. Murni dan bersih walaupun setelah dipindahkan ke dalam bekas. Inilah keistimewaan air zam-zam. Dan diantara keistimewaan lainnya ialah kita masih boleh menikmati air zam-zam itu sampai sekarang yang terus mengalir sejak zaman Rasulullah SAW.

Berapa usia sumur biasa untuk tetap terus mengeluarkan air ?? 50 tahun?, 100 tahun?, sedangkan sumur zam-zam dari dulu hingga kini tak habis-habis airnya.

Rasulullah SAW bersabda, " Air zam-zam tergantung niat orang yang meminumnya " (HR. Ahmad).

Contoh kisah mengenai zam-zam;
Seorang laki-laki yang berasal dari Yaman. Beliau adalah seorang yang sudah lanjut usia, pandangan matanya sudah lemah dek sebab usianya, hampir saja tak mampu melihat . Dia seorang yang selalu membaca Al-Quran, sangat bersemangat untuk selalu membaca dan sentiasa memperbanyakkan bacaannya. Di sisinya sentiasa ada mushaf kecil tapi karena lemah pandangan mata, apa yang boleh dia buat?, lalu dia pun berkata, "Katanya air zam-zam itu boleh jadi ubat", maka dia mendatangi zam-zam itu, lalu mengambil dan meminumnya, tiba-tiba dia mulai boleh melihat kembali tulisan mushhaf yang kecil tadi lalu terus membacanya. Kemudian berkata lagi, "Ini berkat aku meminum air zam-zam”.

Banyak lagi kisah mengenai orang yang berpenyakit, sembuh setelah meminum air zam-zam.

Inilah kurnia Allah pada hamba Nya sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW;

ماء زمزم لما شرب له، إن شربته تستشفي شفاك الله، وإن شربته لشبعك أشبعك الله - وإن شربته لقطع ظمئك قطعه الله، وهي هزمة جبريل وسقيا الله إسماعيل (رواه الدارقطني)

Air zam-zam itu tergantung niat orang yang meminumnya; jika engkau berniat meminumnya untuk mengubatimu, maka Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau berniat agar engkau kenyang, maka Allah menjadikanmu kenyang; jika engkau meniatkannya untuk menghilangkan haus, maka Allah akan menghilangkan kehausanmu, dan zam-zam itu adalah cekungan yang dibuat oleh Jibril dan air yang mengalir yang Allah berikan kepada Ismail (HR. Daraquthni).

Kata Rasulullah SAW lagi, doa dan syaratnya adalah pelaku harus yakin yang doanya akan dikabulkan, memenuhi perintah Allah sebagaimana firman Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب، أجيب الدعوة الداع إذا دعان، فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون (البقرة: 186)

Dan jika para hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka jawablah bahwa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa, maka hendaklah mereka memenuhi perintah-Ku dan mengimani Aku agar mereka mendapat bimbingan (Q.S. Al-Baqarah: 186)

Selasa, 4 Mei 2010

Mekah

Assalamualaikum.

Bertemu lagi. Kali ini saya 'load in' video sewaktu saya mengerjakan Umrah dahulu. Alhamdulillah, sepanjang video diambil, tidak ada masaalah yang menghalang. Niat saya waktu itu ialah supaya orang tua saya dapat melihat sendiri rupa Masjidil Haram di kota suci Mekah dan dapat melihat Kaabah seperti yang saya lihat. Insyaallah, mudah2an Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan teman-teman serumah denganku agar kami dapat bersama-sama kesana. Doakan kami.

Waktu disana, kedua orang tualah yang paling aku ingati. Aku merasa sayu yang teramat kerana belum diizinkan Allah untuk kedua orang tuaku menjadi tetamu-Nya. Bukan kerana tidak mahu tapi kerana ketidakmampuan.

Ya Allah, kurniakanlah Rahmat Mu pada kedua orang tua ku, adik beradik ku dan teman-teman serumah denganku. Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka hingga membolehkan kami datang menyahut panggilan Mu menunaikan ibadah Haji dan Umrah, dapat kami bersembahyang di Masjid Nabi MU, Masjid Nabawi, dapat kami berziarah ke makam Nabi Mu di Raudhah, makam para sahabat dan keluarga Baginda di Baqi' dan dapat kami menjejaki sirah Rasul MU.
Ya Allah, kurniakanlah kami kurniaan Mu yang besar.
Amin.

"Labbaikallahumma labbaik, Labbaikala Syarikala kala baik.... "

Moga video ini juga dapat memberi hidayah pada yang menonton dan terpanggil untuk ke rumah Allah dan negeri Rasulullah.


Isnin, 3 Mei 2010

Mengapa mesti sombong?

Untuk mengelak sikap sombong, sentiasalah berdoa kerana itu menunjukkan kita ini lemah. Sentiasa perlu pada Allah dan berdoalah kerana doa adalah sesuatu yang amat disukai Allah. Tidak harus sombong kerana sombong itu hanya hak Allah