Kalau sebelumnya kupasan saya memperkatakan tentang ‘kekayaan yang selalu dilupakan’ sekarang saya kupas pula isu yang ada kaitan dengannya tapi dalam skop yang lebih luas.
Isu ini nampak remeh tapi tanpa sedar isu inilah yang membawa kita ke neraka. Perkara remeh yang saya maksudkan disini ialah ‘Silaturrahim’
Kita dilahirkan untuk bersilaturrahim, bukannya untuk menyendiri walaupun menyendiri itu ada kalanya lebih baik dari bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling.
Semua itu tergantung pada niat seorang individu itu sendiri. Kalau niat elak bergaul kerana takut berbuat dosa, maka lebih baiklah menyendiri. Dosa yang dimaksudkan seperti dosa mulut kerana mengumpat atau mencaci, dosa mata kerana melihat maksiat, dosa telinga kerana mendengar umpatan dan cacian. Malah dosa yang lebih besar lagi jika akhirnya membawa kepada perkelahian hingga berbunuhan. Nauzubillah.
Tak mustahil perkara-perkara sebegini terjadi dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini.
Namun kita harus berbalik kepada tuntutan agama. Agama mengkehendaki kita untuk menyambung dan mengeratkan silaturrahim bukan memutuskannya.
Orang selalu anggap bahawa silaturrahim itu keutamananya lebih focus kepada kawan-kawan, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling.
Kita lupa, bahawa konsep silaturrahim yang sebenarnya sama dengan konsep sedekah. Dalam konsep bersedekah, siapakah orang yang diutamakan menerima sedekah?. Adakah orang miskin?, Ibu tunggal atau pun orang yang meminta-minta?.
Jawapannya…, semua mereka ini layak menerima sedekah! tapi yang wajib didahulukan sebenarnya adalah Ibu Bapa, kemudian adik beradik, diikuti sepupu-sepupu , kemudian saudara mara barulah seterusnya masyarakat yang disebutkan tadi.
Orang sekarang pulak ‘terbalik kot’. Suka derma pada orang lain dulu sedangkan saudara sendiri susah, tak nampak dan tak nak bantu. Patutnya bantu saudara sendiri dulu baru bantu orang lain.
Konsep Silaturrahim begitu juga. Kena buat baik dengan Ibu Bapa dulu, adik beradik, sepupu sepapat, saudara mara kemudian barulah masyarakat.
Jadi berbuat baiklah dengan Ibu bapa dan adik beradik kita dahulu baru dengan orang lain. Memang kadang2 kita berbalah tapi tetap silaturrahim itu perlu dijaga.
Adik beradik ku
Seperti lirik nasyid Rabbani ini yang bertajuk ‘satu Qiblat yang sama’
♫“Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya
Kadangkala kesabaran dicabar, tiang utuh, teguh, bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara” ♫
Orang yang mendahului orang luar dari saudara sendiri, individu ini sebenarnya adalah individu yang hipokrit atau individu yang bermuka-muka. Samaada nak jaga prestij atau pun ada kehendak sendiri yang perlu dipenuhi. Baik ada maknaaa, umpama pepatah orang tua2, ‘ada udang di sebalik batu’.
Secara logiknyalah, boleh ke bersilaturrahim dengan orang lain, sedangkan dengan saudara sendiri pun silaturrahim tak baik? Malah ada yang tak bertegur sapa dan ada yang bermusuhan sesama sendiri. Masuk logik akal tak?.
Allah SWT berfirman, “Takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. (Surah Nisa ayat 1)
Photo : aku dan ibuku
Rasulullah mengajar kita supaya berbuat baik dengan Ibu, Ayah dan adik beradik kita kerana semua itu merupakan jalan kepada kerukunan sebuah keluarga.
Kalau dah keluarga pun tak rukun, macam mana nak merukun dan memakmurkan Negara?.
Keluarga yang pincang membawa kepada Negara yang pincang. Tunggak kerukunan sebuah Negara adalah apabila sebuah keluarga itu terjaga rukunnya, kemudian membawa kepada rukun pada jiran, kemudian rukun pada masyarakat dan akhirnya rukunlah Negara. Kalau keluarga sendiri pun huru hara, rukunkah Negara?.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 27, “Iaitu orang-orang yang melanggar janji Allah (perintah-Nya) setelah teguhnya mereka itu memutuskan (silaturrahim) yang diperintahkan Allah menghubungkannya lagi mereka berbuat bencana di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi”
Begitu pentingnya Silaturrahim hingga Rasulullah SAW bersada, “Tidak ada dosa yang lebih berhak Allah segera turunkan akan seksa di dunia dan menyimpan seksa untuknya pula di Akhirat iaitu derhaka (pada kedua orang tua) dan memutuskan silaturrahim.” Hadis riwayat Abi Bakrah
.
Bersilaturrahimlah dengan orang tua kita, adik beradik kita, saudara mara kita sendiri kemudian barulah dengan kawan-kawan, jiran dan masyarakat keliling. Itu lebih baik.
Sabda Rasulullah SAW, “Wahai kaum muslimin, takutlah kepada Allah dan lakukan silaturrahim. Sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih cepat daripada silaturrahim. Hindarkan kelacutan sebab tidak ada seksa yang lebih cepat seksa lacut dan hindarkan menderhakai kedua orang tua sebab angin Syurga yang tercium dari perjalanan seribu tahun demi Allah tidak akan tercium oleh orang yang derhaka kepada kedua orang tua, tidak pula oleh orang tua yang berzina atau jiran yang sombong. Sesungguhnya sombong itu hanya milik Allah” hadis riwayat Jabir ra.
Sungguh membicarakan tentang Silaturrahim ini tak akan ada habisnya, oleh itu bersilaturrahimlah kerana Abi Hurairah ra berkata, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “siapa ingin murah rezeki dan panjang umurnya, ia hendaklah bersilaturrahim
Mudah2an lirik nasyid Rabbani ‘satu Qiblat yang sama’ ini menjadi renungan buat kita semua dalam melayari kehidupan bermasyarakat.
♫Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama♫
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan