Suatu hari Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu bertanya 6 soalan.
Soalannya mudah tapi mempunyai maksud yang dalam.
Soalan pertama:
Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Anak muridnya menjawab: Orang tua, guru, kawan dan sahabat
Jawab Imam Ghazali: Semua itu benar tapi jawapan yang paling benar ialah.. yang paling dekat dengan kita ialah ‘MATI’ sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)
Soalan kedua:
Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Muridnya menjawab Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang.
Imam Ghazali menjawab: Semua itu benar tapi yang paling benar ialah ‘MASA LALU’ sebab walau dengan apa cara sekalipun kita tak akan dapat kembali ke masa lalu.
Soalan ketiga:
Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid-murid menjawab: Gunung, bumi dan matahari.
Imam Ghazali menjawab: semua itu benar tapi yang paling besar di dunia ini ialah ‘NAFSU’ (Al-Araf- 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Soalan keempat:
Apa yang paling berat didunia ini?
Jawab murid : Besi dan gajah.
Imam Ghazali menjawab: benar tapi yang paling benar ialah ‘MEMEGANG AMANAH’ (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan Malaikat semua tidak mampu memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi Khalifah di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Soalan kelima:
Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid menjawab: Kapas, angin, debu dan daun-daunan.
Imam Ghazali menjawab: Semua itu benar tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Sebab kerja, kita lupa solat, sebab mesyuarat kita tinggalkan solat.
Soalan keenam:
Apa yang paling tajam di dunia ini?
Serentak murid-murid menjawab: Pedang!
Imam Ghazali menjawab: Benar tapi yang paling tajam ialah “LIDAH MANUSIA’ kerana melalui lidah, Manusia selalu menyakiti dan melukai perasaan saudara sendiri.
yup..itu semua adalah benar2 belaka...
BalasPadam