Jumaat, 7 Mei 2010

Soalan biasa

Assalamualaikum, bertemu lagi kita..

Hari ni saya nak cerita tentang soalan-soalan yang biasa lahir di mulut. Remeh, tapi seperti yang saya tuliskan pada April 16, 2010, topik bertajuk "Yang susah semakin terhimpit dan yang senang semakin khilaf" bahawa setiap yang terjadi, ada ilmu yang Allah ajar pada kita

Peristiwanya..,

Apabila berjumpa kenalan baru, yang biasa kita lakukan adalah senyum, kemudian menghulur tangan untuk bersalaman. Yang menjaga pantang larang agama, biasanya cuma senyum kemudian anggukkan kepala sahaja. (Ye la.. bukan muhrim)

Kemudian berbual-bual biasa dan kebiasaannya , soalan basa basi seperti dibawah menyusul. (Dah jadi kebiasaan orang kita…….)

Soal: Melayu?
Jawab: Angguk.
Soal: (Dalam hati) Confirm Islam. Maklumlah dengar sahaja Melayu, dalam otak dah set memang islam punyalah.

Soalan seterusnya adalah soalan yang biasanya diajukan sesama sendiri dan kadangkala menimbulkan reaksi yang berbeza.

Soal: Dah sembahyang?
Jawab: Mula la berubah muka tu. Bagi yang dah buat, akan tersenyum sebelum menjawab… Alhamdulillah.., dah!. Awak?

Ni pun selalu berlaku. Soalan seperti ini biasanya akan dibalas dengan soalan semula. Kadang2 orang yang bertanya tadi pun boleh berubah air mukanya. Maklumlah dia pun tak sehebat orang yang ditanya awal tadi. Saja buat soalan cepu mas. Konon hebat la tu.

Apa pun, jarang orang yang tak sembahyang bertanyakan soalan tu pada orang lain melainkan dia dah sembahyang tapi belum tentu dia seorang yang tekun, rajin dan sabar dalam mengerjakannya. Ini bagi yang hipokrit la.. hee..kelak dia jawab sendiri pada Allah.

Bagi yang tekun, sabar, taat lagi ikhlas dalam mengerjakan suruhan Allah yang merupakan Tiang Agama ini, Insyaallah, di wajahnya akan terpancar Nur Allah. Kerana Nur itu tak dapat dibuat-buat. Ianya pemberian Allah.

Soalan di bawah ni agak kurang popular. Ianya biasa berlaku bila kita jumpa kenalan seagama dari luar negara. Kebiasaannya student yang belajar di Pusat pengajian tinggi, kolej swasta @ antarabangsa dan kepada orang kita yang keluar Negara. Kebiasaannya soalan ni paling popular kepada Jemaah kita yang mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah dan yang berziarah ke Madinah. 2 negeri yang dijaga Allah. Rakyatnya confirm Islam, orang kafir ‘tak dan’ nak dapat jejak ke dalam 2 negeri yang berkah ini.
Mazhab disana pun pelbagai

Soalannya..,

Soal : Mazhab?
Jawab: Maliki
Jawab: Shafi’e
Jawab: Hanafi
Jawab: Ja'fari
Jawab: Hambali


Berbalik ke Negara kita semula..,

Biasanya soalan ni, kenalan luar negara yang tanya pada kita

(Kenalan Luar Negara) Soal: Mazhab?
(Orang kita) Jawab: Shafie (Standard…, jawapan ni pun dah ada dalam kepala otak orang kita)

Sekarang kita ditanya lagi

(KLN) Soal: Tahu apa Mazhab Shafi’e?
(OK) Jawab : Angguk
(KLN) Soal: Kenal siapa Shafi’e?
(OK) Jawab: Diam (yg ni majority org kita akan buat)

Jadi bagi siapa yang terasa diri tu sama macam orang kita (OK) yang menjawab dengan diam tu,.. dibawah ni saya kepilkan ‘Siapa Shafi’e’ ni. Jangan lepas ni, pandai cakap jer…

Imam Syafi’e

Nama dan Nasab
Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Safi'I dan bertemu nasabnya dengan nabi Muhammad dengan Abdul Manaf.

Beliau merupakan Sohibul Mazhab Syafi’e yang bertebaran di serata dunia termasuk di Malaysia.
Lahir pada tahun 105 H di Ghozah dan ibunya membawa beliau ke Mekkah setelah beliau berusia 2 tahun dan dari ibunya tersebut beliau belajar Al Qur'an

Guru-guru
Diantara guru-guru beliau adalah pakcik beliau sendiri Muhammad bin Ali kemudian Abdul Aziz bin Majisun dan kemudian Imam Malik.

Imam Syafi’e menghafal kitab hadis iaitu kitab Muwato’ karangan Imam Malik hanya dalam 9 hari iaitu sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah Kehidupan ilmiah Pada usia 10 tahun beliau belajar bahasa dan syair hingga mantab. Kemudian belajar fiqih, hadis dan al qur'an kepada Ismail bin Qostantin, kemudian menghafal muwato' dan mengujikannya kepada Imam Malik.

Imam Muslim bin Kholid mengizinkan beliau berfatwa ketika beliau berusia 10 tahun atau kurang. Menulis dari Muhammad bin Hasan ilmu fiqih. Imam Malik melihat kekuatan dan kecerdasan beliau sehingga memuliakan dan menjadikan Syafi'e sebagai orang dekatnya

Memiliki kecerdasan dan kuat ingatan yang sungguh luar biasa. Beliau jika membaca buku perlu menutup mukasurat sebelah kerana pantasnya beliau mengingat dengan hanya sepintas lalu.

Makam Imam Shafi'e di Kaherah
Murid-murid
Diantara murid beliau adalah imam Ahmad, Khumaidi, Abu Ubaid, Al Buthi, Abu Staur dan banyak yang lain.

Peranan dalam membela sunnah
Beliau memiliki kedudukan tersendiri yang membezakan diantara ahlul hadis yang lain. Beliaulah yang meletakkan kaidah-kaidah riwayat pembelaan terhadap sunnah dan memiliki beberapa pendapat yang berbeza dengan Imam Malik dan Abu Hanifah, iaitu bahawa sebuah hadis apabila sahih, maka wajib mengamalkannya walaupun tidak dilakukan oleh ahlul Madinah (seperti yang disyararatkan oleh Imam Malik dan Abu Hanifah).
Dengan ini beliau dijuluki Nasirussunnah (penolong sunnah) dan tidaklah dapat diingkari oleh setiap yang menulis kitab hadis dan pembahas sunnah serta kitab ussul bahwa mereka mengikut apa yang ditulis oleh Shafi’e.

Kubah makam Imam syafi’e dibina oleh isteri kepada Saidina Salahuddin Al-Ayubi

Pendapat beliau

Pendapat beliau sebagaimana pendapat imam yang lain. Beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma'.

Kelebihan beliau adalah, beliau beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma' lebih luas dari pada Imam Malik dan Abu Hanifah karena beliau menerima hadis ahad

Kata Ulama tentang beliau
Para ulama' ahlul hadis di zaman ini apabila berkata, mereka akan berkata dengan menggunakan perkataan Imam Syafi'e.

Imam Ahmad berkata, 'tidaklah ada orang yang menyentuh pena dan tinta kecuali Syafi'e. Dan tidaklah kita mengetahui sesuatu yang global dari tafsir dan nasih mansuh dari hadis kecuali setelah duduk bersama Imam Syafie'i."

Ahmad bin Hambal pernah berkata pada Ishaq bin Rokhuyah "kemarilah aku tunjukkan kepadamu seorang laki-laki yang engkau belum pernah lihat yang sama dengannya maka dia membawaku kepada Imam Syafi'e."

Perkataan Imam Shafi'
1. Tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali agar ia tepat , benar dan tertolong. Dan ia mendapatkan penjagaan serta pengawasan Allah. Dan tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali saya tidak peduli apakah Allah akan menjelaskan kebenaran dari mulutku atau mulut dia.

2. Amalan yang paling hebat ialah dermawan ketika sempit (susah), menjaga diri ketika sendirian dan mengucapkan kalimat yang benar dihadapan orang yang berharap dan yang takut

3. Bantulah dalam berkata dengan diam dan mengambil hukum dengan berfikir

4. Barang siapa belajar Al Qur'an maka ia akan agung dipandangan manusia, barang siapa yang belajar hadis akan kuat hujjahnya , barang siapa yang belajar nahwu maka dia akan dicari, barang siapa yang belajar bahasa Arab akan lembut tabiatnya, barang siapa yang belajar ilmu hitung akan banyak fikirannya, barang siapa belajar fiqih akan tinggi kedudukannya, barang siapa yang tidak mampu menahan dirinya maka tidak bermanfaat ilmunya dan inti dari itu semua adalah taqwa.

Beliau wafat pada tahun 204 H. setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan ijtihad dan memenuhi hati manusia dengan cinta pengagungan dan kecondongan pada beliau.

Harap dapatlah ilmu ini dikongsi bersama dengan yang lain supaya kita tak malu bila ada yang tanya siapa Imam Shafi'e?.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan